Apa motif?’, Inikan cerita 10 tahun lepas! –

PELAKON Datuk Jalaluddin Hassan, 64, bengang dengan sikap tidak bertanggungjawab individu yang menyalahgunakan gambarnya berpakaian wanita ketika menjayakan teater Patung Kertas, 10 tahun lalu.

Gambar bersama seorang lagi pelakon teater itu, Syed Wafa itu dijadikan gambar profil aplikasi WeChat beserta status ‘darling!…For Service!.

“Saya dapat tahu perkara ini apabila dimaklumkan oleh Syed Wafa. Ini gambar lama ketika saya berlakon teater Patung Kertas. Saya tidak faham apa motif sebenar pihak terbabit.

“Kalau tujuannya adalah untuk perkara tidak bermoral, apa saya boleh katakan dia biadab, kurang ajar dan keterlaluan. Jangan jadikan orang lain mangsa semata-mata untuk kepentingan peribadi,” katanya kepada Harian Metro.

Jalaluddin yang melakonkan watak Abang Long dan Kak Long dalam teater itu menganggap tindakan individu berkenaan satu fitnah.

“Umum mengetahui watak itu sekadar lakonan. Tidak ada kena mengena dengan aktiviti lain. Jadi, apa yang dilakukan ini memang berniat jahat.

“Sejujurnya, saya sendiri tergelak melihat gambar ini. Namun, kita tidak tahu sejauh mana persepsi masyarakat. Apatah lagi, sekarang ini menjadi trend perkara tular.

“Jangan nak perbodohkan orang ramai. Dalam masa sama, masyarakat pun kalau boleh tidak cepat terpengaruh. Banyak lagi perkara berfaedah boleh dikongsi,” katanya.
Sinopsis Teater Patung Kertas Lakonan Dato’ Jalaluddin Hassan.
Teater Muzikal Patung Kertas yang memakan kos RM100 ribu ini akan dipentaskan di Dewan Auditorium Tunku Abdul Rahman, MATIC, Jalan Ampang Kuala Lumpur pada25 April hingga 30hb April 2008.

Teater muzikal ini mengisahkan tentang dunia pahit, manis, pahit dan kelat sekumpulan manusia yang digelar sebagai patung kertas atau lebih dikenali sebagai “Paper Doll”. Ia bermula dengan perhubungan akrab antara Abang Long (Lakonan Dato’ Jalaludin Hassan) dengan Adik Chu, Kerry, Syam dan ramai lagi. Mereka melakukan kebajikan dalam kumpulan ‘Patung Kertas’ yang mempromosikan primadona hitam putih dalam setiap persembahan mereka.

Pergolakan dunia patung kertas yang penuh dengan suka duka ini bagaimana pun menimbulkan konflik apabila Abang Long yang rapat dengan salah seorang penari baru dari dalam kumpulan tersebut tidak disenangi oleh seseorang. Bukan setakat itu sahaja, perebutan kawasan ‘berniaga’ juga menjadikan suasana tegang dan ada antara golongan patung kertas ini tidak ‘sebulu’ malah adegan cabar mencabar berebutkan kawasan juga berlaku.

Di sebalik kekalutan itu, Ebby Yus, seorang pemuda yang berniaga secara kecil-kecilan di siar kaki kawasan ‘perniagaan’ patung kertas ini turut dibabitkan oleh kumpulan terbabit. Kenapa Ebby pula menjadi mangsa? Inilah persoalannya yang akan dirungkaikan.

Teater muzikal ini juga menyingkap bagaimana Adik Chu akhirnya juga mengikuti jejak Abang Long yang ingin berkahwin dengan kekasih lamanya. Apakah kebajikan yang dilakukan oleh patung kertas kepada seorang kanak-kanak yang mengidap kanser?

Teater yang membariskan pelakon terhebat tanahair seperti Dato Jalaluddin Hassan sebagai Abang Long, Adik Chu dilakonkan oleh Along Fariz, sementara pelakon kacak Ashraff Muslim membawakan watak Kerry sementara dibantu oleh Zuhairi Ibrahim, Aishah Atan, Ebby Yus, Syed Wafa, Shajiry dan ramai lagi serta penampilan khas oleh Ika Fancy Group, pasti meruntun perasaan dan jiwa anda bila menontonnya.

Teater muzikal Patung Kertas pasti akan membawa satu kelainan dan memberikan satu perspektif baru kepada peminat-peminat teater. Bagi mereka yang ingin mengetahui kisah selanjutnya, jangan lupa untuk menyaksikan persembahan teater ini bermula 25 April – 30 April di Dewan Auditorium Tunku Abdul Rahman, MATIC, Jalan Ampang Kuala Lumpur.

Antara babak menarik dalam Teater Patung Kertas

Drama antara Mak Nyah dan kawan-kawan dia pasal botoks

Sumber : mediahijrah