BETULKAH HARGA RUMAH AKAN JATUH TAHUN 2018? Rumah harga RM500k jatuh jadi RM300k??


HARGA RUMAH AKAN JATUH TAHUN 2018?

Rumah harga rm500k jatuh jadi rm300k???

Here we go again. Sedang viral berita ni. Dilaporkan seorang veteren 40 tahun dlm bidang hartanah mengeluarkan kenyataan bahawa harga rumah rm500k akan jatuh jadi rm300k pd tahun 2018. (Gambar 1). Kupasan yg panjang. Hanya utk orang serius nak belajar je.

Image may contain: 1 person, text

Apa yg dilaporkan dalam artikel asal? Jom chekidaut isu hangat ni:

Dilaporkan rumah2 siap yg belum terjual meningkat 40% kepada 20,807 pada setengah tahun pertama tahun 2017, banding tempoh yg sama tahun 2016.
Nilai rumah2 tak terjual ni cecah rm12.26 billion
Kebanyakannya ialah apartment lebih rm500k.
Dilaporkan jugak jangkaan rumah2 subsale yg tak dapat dijual bernilai rm4 billion.
So total lebih kurang rm16 billion nilai rumah yg tak nak dapat dijual. Mana pula nak datang permintaan utk rumah2 ni? Orang Msia dah tak boleh dapat loan utk beli dah.
Bagi pemaju, kalau keadaan jualan kekal teruk, mereka akan hadapi risiko bank tarik balik (BF) bridging finance. BF ni sebenarnye diberikan bank kepada pemaju sebagai modal permulaan pembinaan dgn syarat 40% unit drp projek baru itu terjual.
Itu sebabnye pemaju jadikan entry beli rumah2 undercon baru serendah rm1k supaya mereka boleh isytiharkan sebagai pembeli.
Panik dijangka akan berlaku lepas CNY pada Feb 2018.
Dr Ernest Cheong menjangkakan market hartanah akan crash 24 hingga 30 bulan drpd itu sekiranya senario ini berterusan. Ini lebih kurang Feb 2019 atau Ogos 2019

KUPASAN TOPIK VIRAL NI

Topik ni bukan baru. Pernah ada media yg mainkan tajuk ni pada Jan 2017, awal tahun hari tu n sebelum ni. Pada masa itu dikatakan rumah rm600k akan jatuh jadi rm400k. (Gambar 2)
Semua org kena tahu, ada je sejenis orang yg tiap2 tahun dia kata tahun depan akan crash. Kalau setiap tahun dia cakap macam tu, satu tahun nanti orang tu akan betul! Betul tak?!
Kenyataan brutal Dr Ernest Cheong dikatakan bunuh diri kalau beli rumah tahun 2017 sejak Januari. (Gambar 3)
Dr Ernest Wong ni memang terkenal dengan topik2 media yg sentap dan brutal! Boleh chekidaut gambar 4 tu.
Kalau chekidaut dalam YouTube, ada je video2 interview sejak 3 tahun lalu pd tahun 2014. Dari dulu dia dah ramal kan crash. (Gambar 5)
Bulan April 2017 baru2 ni pun ada media yg menerbit pandangan Ahyat mengatakan maybe kita dalam permulaan 1 dekad yg flat. Sehingga ada komen kenyataan Ahyat tu bunuh pasaran! Fuhuh! Kenyataan bilis macam saya pun boleh jatuhkan market bernilai hampir rm150 billion? Fufuh! (Gambar 6 n 7)
Ahyat sebenarnye suka dengar suara2 drpd veteren2 n pakar2 seperti Dr Ernest Cheong. Malah, sangat penting sebenarnye kita dengar suara n pendapat mereka. Tanpa mereka ni, industri hartanah akan jadi tak seimbang. Bahaya bila dengar yg indah2 je pasal hartanah. Realitinye tak selalu indah semata2. Ada kisah2 ngeri nye!
Ahyat memang folo Dr Ernest Cheong. Banyak dapat Ahyat belajar drpdnye. Nanti Ahyat uploadkan gambar Ahyat dgn dia makan di mamak dalam minggu raya Aidilfitri baru2 ni.

PANDANGAN AHYAT

Produk2 high end macam service apartment n condo luxury memang akan stuck kalau guna strategy biasa. Memang Ahyat tak pernah beli la pun. Dan inilah yg Ahyat akan ajar di MPH: Mega Pejuang Hartanah Sabtu ni. Masih ada tiket2 final call. Boleh PM.
Memang ada produk2 risiko tinggi macam upgrade property, shoplot, commercial n retail space, produk2 saiz paling besar n paling mahal di apartment memang kena lebih hati2
Kejatuhan harga rumah dilokasi dan jenis2 tertentu sudah pun berlaku tetapi tidaklah secara besar2an dan secara drastik. Kalau senario tak banyak berubah, memang trend ni akan semakin teruk 2018 nanti.
Kejatuhan yg dahsyat hanya akan berlaku kalau2 lah berlaku perang ke, krisis ekonomi ke. Akan beri efek kepada harga rumah. Selagi fundamental ekonomi negara, rantau n global kekal stabil shud b ok.
Itu pun tikam2 saya ni maybe tak betul. Malah, inilah realiti game hartanah. Takde sesiapa ada crystal ball dan boleh tilik2 masa depan n lihat apa exactly akan jadi!
Banyak peluang sebenarnye dalam keadaan tak menentu ni
Saya nasihatkan siapa yg nak masuk medan hartanah tak cukup bekalan senjata ilmu utk sangat hati2.. kerana mereka ni yg akan tinggi kebarangkalian kena sembelih hidup2 kalau silap biat keputusan dalam market macam ni. Itu sebabnye saya eksaited hampir 900 students akan belajar dgn Ahyat di MPH: Mega Pejuang Hartanah di IDCC Shah Alam Sabtu ni.
Memang market is very bad now. Tapi persoalannye BAD FOR WHO? Bad for people selling property: Pemaju n Pemilik yg sudah stuck. Tapi very good for people buying property.. orang yg beli dgn mata terbuka dan bekalan senjata ilmu yg mencukupi!
Saya nasihatkan siapa yg sedang mencari rumah utk upgrade, inilah masa paling sesuai utk cari deals yg best2

BEGITULAH KUPASAN SAYA

Inilah lumrah dunia hartanah. Kena dengar dua2 pihak. Pihak yg go go go dan pihak seperti Dr Ernest Cheong yg brutal dan ganaz! APA PENDAPAT ANDA?

Sumber : cokelatmango