Derita Seorang Jutawan. Akibat Menang Loteri RM100juta,Operator Biasa Ini Telah Bertukar Menjadi Jutawan Segera.Namun Apa Yang Dia Lakukan Terhadap Duit Itu Amat Mengejutkan.. Tak Sangka..

Amat bertuah bagi seseorang yang memenangi cabutan loteri sebanyak RM100 juta dalam sekelip mata tanpa bekerja keras dan jumlah itu sepatutnya boleh menampung kehidupan seumur hidup.

Namun rezeki yang diberikan oleh Tuhan selalu didatangkan dengan dugaan dan cabaran. Bagaimana manusia boleh bertahan dan kuat menghadapi nikmat dunia yang sementara.

Seorang pekerja kilang kimia berusia 42 tahun bernama Mukhtar Mohidin dari Blackburn, Lancashire di Britain telah memenangi cabutan loteri sebanyak RM100 juta 23 tahun yang lalu.

Dalam sekelip mata kehidupannya bersama isteri dan tiga orang anaknya telah berubah dari keadaan yang miskin kepada kemewahan yang melimpah luah.

Pada bulan November, 1994 Mukhtar Mohidin telah mencipta sejarah dengan menjadi orang pertama yang memenangi cabutan Loteri Kebangsaan Britain dan menjadi jutawan. Dengan tiket yang dibeli di Pasaraya Tesco itu telah memberinya tuah memenangi RM100 juta (17.9 juta pound).

Sebaik sahaja cek kemenangan dimasukkan ke dalam akaun Mukhtar, dia mula mengubah dirinya dari seorang yang bekerja keras dan beragama serta menjaga keluarganya dengan baik kepada seorang pemabuk, kaki judi, kaki pukul dan kaki perempuan.

Seakan satu kejutan budaya yang dikelilingi kemewahan, Mukhtar seakan hilang akal dan tidak tahu bagaimana menguruskan wang yang dimenanginya. Mukhtar dikelilingi ramai orang yang hanya mahukan wangnya dan dia telah hanyut dengan kemewahan yang dibawa kepadanya.

Apabila mendapat wang jutaan ringgit itu, Mukhtar telah membelanjakan untuk seluruh ahli keluarganya dengan keadaan yang sangat boros. Dikatakan Mukhtar memberi setiap ahli keluarganya sebanyak RM560,000 setiap seorang dan membelanjakan mereka dengan percutian luar negara yang mewah dengan tiket kapal terbang setiap satu berharga RM100,000.

Namun begitu, pemberian wang yang banyak itu masih tidak mencukupi dan ahli keluarganya masih tamak dan berbalah sesama sendiri mahukan wang yang lebih dari Mukhtar.

Mukhtar membawa keluarganya keluar dari kejiranan yang miskin dan telah membeli rumah di Home Counties, Blackburn yang mewah dengan bayaran sehingga jutaan ringgit.

Isterinya telah bertukar hidup dengan cara yang lebih kebaratan dan membelanjakan wang dengan boros dengan membeli barangan dan kereta mewah sehingga menimbulkan kemarahan Mukhtar.

Mukhtar semakin berasa tertekan dengan keadaan hidupnya yang telah kucar kacir semuanya kerana wang yang banyak itu.

Dia mulai pergi ke kelab-kelab mewah, minum dan berpoya-poya dengan perempuan lain dan membelanjakan wang yang banyak dengan meminum arak dan bermain judi.

Kasino dan kelab malam menjadi tempatnya melepaskan tekanan. Mukhtar menjadi popular kerana dia tidak lokek membelanjakan wang untuk orang lain yang mengambil kesempatan dengan kekayaan segeranya.

Hubungannya dengan isteri dan keluarga menjadi semakin renggang. Mukhtar selalu bergaduh dengan isteri semuanya kerana wang yang masih tidak bercukupan walaupun jutaan ringgit telah dibelanjakan oleh mereka.

Isteri Mukhtar yang bernama Sayeeda sudah mengetahui yang suaminya mempunyai hubungan dengan perempuan lain dan menjadi kaki botol. Apabila mereka bergaduh, Mukhtar sudah berani memukulnya dengan teruk sehingga dia terpaksa membuat laporan polis dan kemudiannya memfailkan perceraian.

Pada tahun 1998 selepas berkahwin selama 13 tahun, Sayeeda memfailkan perceraian dengan alasan Mukhtar telah mendera dan mengugutnya dengan senapang dengan niat membunuh dan mengancam keselamatan anak-anak.

Selepas bercerai, Sayeeda telah menghilangkan diri dengan memohon kepada mahkamah mendapatkan injunksi supaya identiti anak-anaknya tidak didedahkan.

Menurut sumber, selepas perceraian, Sayeeda mendapat sejumlah wang penyelesaian sebanyak RM28 juta dengan diberi hakmilik rumah yang mereka beli bersama dan nafkah sebanyak RM330,000 setahun ke atas setiap seorang anak mereka.

Kini, Sayeeda masih hidup dengan mewah dan tidak mahu mengulas apabila diajukan pertanyaan tentang bekas suaminya. Hidupnya lebih bahagia dan tenang. Anak-anaknya telah membesar dan berjaya dengan karier masing-masing.

Selepas bercerai, Mukhtar Mohidin masih meneruskan cara hidup mewah dan borosnya dengan menjadi kaki botol dan bermain judi di kelab mewah dan kasino. Mukhtar dikelilingi perempuan pisau cukur dan gadis pengiring sehingga bertemu dengan Charlotte Doyle yang telah menjadi kekasihnya.

Mukhtar membawa Charlotte keluar dari sarang pelacuran dan membelanjakan wang yang banyak untuknya. Mukhtar membawa Charlotte mengelilingi dunia dengan tinggal di hotel mewah dan membelikan barangan berjenama dan perhiasan diri yang mahal dan mewah.

Charlotte mengikut Mukhtar bukan kerana cinta tetapi lebih kepada wangnya. Dia menyifatkan Mukhtar sebagai seorang yang bermasalah dan keliru. Pada mulanya Charlotte tidak mengetahui identiti Mukhtar yang memenangi loteri. Dia hanya mengenalinya dengan panggilan ‘Mike’ yang mengenalkan diri sebagai seorang penasihat kewangan dan pelaburan.

Mereka telah tinggal bersama tanpa ikatan perkahwinan dan akhirnya pada tahun 2001, Charlotte telah hamil dan melahirkan anak perempuan pada tahun 2002 dengan Mukhtar.

Mukhtar masih dengan perangai lamanya yang suka minum, bermain judi dan berpoya-poya dengan perempuan lain. Dan dia juga masih suka memukul perempuan dan Charlotte menjadi mangsanya.

Pada waktu itu, wang yang berada di tangan Mukhtar telah semakin berkurangan dan dia tidak mengakui anak yang dilahirkan oleh Charlotte sehingga keputusan DNA membuktikannya di mahkamah apabila Charlotte memohon wang nafkah dan penjagaan sebanyak RM220,000 setahun.

Perintah mahkamah telah dibuat tetapi Mukhtar tidak pernah membayar sesen pun wang nafkah itu kepada Charlotte dan anaknya.

Selepas itu, Mukhtar dan Charlotte telah berpisah dengan Mukhtar langsung tidak menghiraukan kebajikan anak perempuannya yang dibesarkan oleh Charlotte seorang diri yang kini telah berusia 15 tahun.

Mukhtar telah menghabiskan sisa hidupnya dengan cuba kembali ke agamanya yang asal, Islam. Namun dia tidak bersungguh-sungguh. Dia telah dipulaukan oleh komuniti Islam sendiri yang merasakan cara kehidupannya telah tersasar jauh dari ajaran Islam yang sebenar.

Menurut seorang rakannya di kejiranan lama semasa hidup Mukhtar yang sederhana bernama Ismail Lorgat, Mukhtar pernah cuba memberikan wang loteri yang dimenangi kepadanya sebagai membalas jasa dan memberi kepada imam untuk membuat masjid, tetapi telah ditolak kerana menurut ajaran Islam, wang yang diperolehi dari kemenangan loteri itu adalah tidak berkat dan haram.

Pada akhir tahun kehidupannya, Mukhtar Mohidin dilihat berada dalam keadaan yang menyedihkan dan masih suka berpeleseran. Dia telah dilihat berada di Blackpool dengan tinggal di hotel bajet dan bersarapan di rumah tumpangan bersama seorang wanita yang ditemuinya di Thailand.

Pada 23 Ogos 2017, Mukhtar Mohidin telah meninggal dunia pada usia 64 tahun di Hospital Berkshire akibat komplikasi dan jangkitan pada saluran kencingnya.

Hasil bedah siasat dalam sijil kamatiannya menunjukkan yang Mukhtar telah mengalami kegagalan buah pinggang, sirosis hati dan penyakit jantung. Semuanya kesan dari cara hidupnya yang dilabel sebagai ‘kehidupan yang baik’ oleh salah seorang ahli keluarganya.

Mukhtar Mohidin telah dikebumikan di Berkshire oleh imam masjid yang berdekatan yang tidak mengenali identiti Mukhtar sehingga diberitahu oleh orang yang mengenalinya. Mukhtar telah dikebumikan di atas perkuburan tidak bernama dengan hanya diletakkan plot bernombor Q1147.

Mukhtar Mohidin adalah contoh kehidupan seorang jutawan segera yang tidak mengingati diri untuk hidup secara sederhana walaupun dikurniakan kemewahan. Kemewahan telah menjadikan kehidupannya menjadi sunyi dan bersendirian diakhir hayatnya.

Sumber: Cerita Heboh