[GAMBAR] Wajah Terkini Maya Matahari, Nampak 20 Tahun Lebih Muda!

Cepat betul masa berlalu kan, sedar tak sedar lagu Bunga Matahari nyanyian Maya sudah lebih 15 tahun.
Sungguhpun begitu, rentak dan lirik lagu tersebut masih bermain-main difikiran kita. Nampak sangat lagu-lagu lama sangat berkualiti.
Tetapi bukan itu yang MH ingin katakan, tetapi MH sangat terkejut melihat gambar-gambar terkini penyanyi lagu tersebut!

Memang cantik dan langsung tidak menyangka penyanyi ini sudah melangkah masuk ke dunia 40-an.

MH memang puji macam mana Maya menjaga kecantikan dan kesihatan diri! Kalau orang tak kenal siapa Maya, mungkin akan menyangka Maya ini baru sahaja berusia 20-an.
Okay tak nak cakap banyak, korang tengok sendiri gambar-gambar terkini Maya yang memang super lawa!

Beliau kini membuka lembaran baharu selepas 22 tahun berkecimpung dalam dunia seni dengan menceburi bidang perniagaan.

Bermula tahun lepas, Maya, 40, mengorak langkah dalam dunia perniagaan produk minuman kesihatan dan barangan kecantikan setelah memikirkan dunia perniagaan lebih menjamin masa depan.

“Suatu hari nanti, mungkin saya sudah penat dengan dunia seni dan selepas itu saya akan memberi fokus kepada perniagaan ini kerana saya berpeluang berkongsi dengan orang ramai tentang aspek penjagaan diri dan kecantikan,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Maya kini sedang mempromosikan produk kecantikan yang diusahakan bersama-sama Saida Tarudin yang juga kakak kepada penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza.

 

sumber:MH