‘Kalau Betul Aliff Syukri Riak, Ustaz Pun Sama!’- Caprice

Nampaknya isu Datuk Seri Aliff Syukriyang tak berhenti menjadi riak dengan kemewahan telah mengundang komen dari penyanyi rap, Caprice.

Nikmati diskaun 39% untuk Mamypoko!
Sponsored by Lazada

Sepertimana yang kita tahu, sebelum ini heboh apabila Aliff memuat naik video mengira wang yang banyak sehingga ratusan ribu ringgit di atas mejanya. Kelakuan ini dianggap agak melampau oleh sesetengah netizen.

Video yang kononnya Aliff sedang untung besar hasil dari jualannya ini telah ditegur oleh seorang ahli ulama Ustaz Ahmad Husam menerusi akaun Facebooknya. Hangat.com difahamkan, Ustaz ini anggap kelakuan ini seperti Firaun iaitu antara golongan orang kaya yang Tuhan binasakan.

Namun Caprice mempunyai pendapat yang berbeza tentang hal ini. Dia berpendapat isu riak atau menunjuk-nunjuk adalah perkara biasa dikalangan orang kaya.

“Jika anda ke Dubai, Qatar, ramai lagi orang kaya yang suka menunjuk-nunjuk dengan kekayaan masing. Saya jamin.”

Untuk menjadikan hal ini lebih adil, Caprice juga turut menyangkal dakwaan Ustaz Ahmad Husam terhadap Aliff. Ustaz Ahmad Husam itu sendiri pernah memuatnaik gambar sebuah kereta mewah hadiah dari seseorang di Facebook.

BACA  Dato’ Seri Aliff Syukri Mohon Maaf Kerana Hina Penoreh Getah

Caprice akui dia sangat berbangga melihat seorang muslim di Malaysia memiliki kekayaan seperti Aliff Syukri.

Sumber :hangat.com

“Saya berbangga melihat orang muslim kaya, jika lebih kaya seseorang itu, maka lebih banyak zakat dapat disalurkan. Manusia tak sempurna sebab itu kita harus berdoa”