Lelaki ini bekerja sebagai pembantu rumah dan memberus kura-kura sebanyak dua kali sebulan. Namun gajinya melebihi 3 bulan gaji anda

Lelaki ini menggegar dunia apabila berita mengenai dirinya menerima gaji sebanyak RM10,700 sebulan dengan bekerja sebagai pembantu rumah tular!

Menurut NOODOU, lelaki Taiwan bernama Lee ini dahulunya pernah bekerja di sebuah restoran dengan kadar bayaran gaji sebanyak RM4,000 sebulan. Lee bagaimanapun memutuskan untuk menukar angin dan menjadi pembantu rumah sepenuh masa.

Namun tiada siapa sangka keputusan untuk mengubah pekerjaan ini merupakan keputusan terbaik yang pernah dilakukan oleh Lee.

 

Kredit: NOODOU

Untuk tugas berkenaan, Lee mendapat bayaran gaji sebanyak RM10,700! Apa yang lebih menyeronokkan mengenai pekerjaan Lee adalah, dia hanya perlu bekerja selama 10 jam dalam sehari tetapi mendapat kadar upah dua ke tiga kali ganda berbanding gaji kita semua!

Lelaki ini bekerja sebagai pembantu rumah dan memberus kura-kura sebanyak dua kali sebulan. Namun gajinya melebihi 3 bulan gaji anda

Kredit: Meme Generator

Bukan sahaja itu, khidmat Lee untuk keluarga kaya itu juga hanya dua bulan sekali. Dalam erti kata lain, Lee hanya bekerja dua hari (20 jam) dan mendapat gaji lebih daripada RM10,000!?

Wah!!!!

Rasa nak tukar kerjaya pula. Hehe!

Sumber: World of Buzz