“Orang Ke 9 Jatuh Sampai Meninggal Akhirnya”, Gadis Kongsi Rasa Sedih Emaknya Jadi “Mangsa” Masalah Jalan Raya Berlubang Di Negara Ini

“Orang Ke 9 Jatuh Sampai Meninggal Akhirnya”, Gadis Kongsi Rasa Sedih Emaknya Jadi “Mangsa” Masalah Jalan Raya Berlubang Di Negara Ini

Kehilangan orang tersayang tanpa terduga boleh buat seseorang begitu kesunyian. Apa tah lagi jika yang meninggal itu adalah emak yang melahirkan kita.

Inilah perasaan yang dilalui oleh seorang gadis yang dikenali sebagai Shnn@Cikajaii. Dia telah menulis di tweetnya betapa dirinya dalam keadaan amat sedih dan masa yang sama ingin melepaskan rasa kesal dengan kejadian yang berlaku.

Sebagai umat Islam, kita tahu dan faham setiap kejadian adalah ujian dari Allah untuk hambaNya. Tapi apa yang Shnn@Cikajaii ini ingin luahkan adalah berkaitan soal jalan raya di Malaysia ini yang ada ketikanya berlubang-lubang kerana  tidak diturap dengan baik.

Soal jalan raya berlubang adalah rungutan yang biasa kita dengar dan jika ditampal pun boleh bergoyang kereta  bila melanggarnya. Silap-silap boleh terbabas kerana mahu mengelak.

Kata Shnn@Cikajaii, arwah emaknya meninggal selepas koma lebih empat bulan selepas terlanggar lubang. Lebih sedih, emaknya adalah mangsa ke 9 dan selepas kejadian menimpa emaknya, keesokan harinya baru jalan itu diturap.

Baca luahan di twitternya.

Hubungan Shnn@cikajaii dan ibunya memang sangat rapat. Betapa gembiranya hati arwah emaknya bila tahu anak nak balik. Setiap hari telefon nak bercakap dan bercerita. Siap servis motor, tukar minyak hitam sebab nak ronda berdua. Malah maknya beriya mahu ambilnya di universiti, UTHM. Memang tak boleh nak bayangkan situasinya…

 

 

Pagi itu arwah maknya siap mesej. “Dik, mak dah nak gerak ini”. Tapi Allah memang nak mengujinya. Dia tertido dan bila terjaga, seorang lelaki menyambut panggilan telefon memaklumkan yang emaknya kemalangan. Memang panik habis time kita dapat berita beginikan.

 

 

Bayangkan dari niatnya nak pergi berjumpa anaknya, sudahnya emaknya dimasukkan ke neuro HDU kerana keadaan emaknya tidak berapa stabil selepas terlanggar lubang tersebut. Ternyata, mak adalah mangsa ke 9 terjatuh ke lubang yang sama. Ada darah beku di kepala emakny akibat terjatuh itu. Seperti biasa, bila ada kejadian berlaku, barulah jalan itu diturap semula! Memang sedih kalau jadi begini.

 

Bahagia je tengok emak dan ayahnya dahulu tetapi kemalangan itu benar-benar buat segalanya berubah. Alhamdulillah, ayahnya begitu penyayang,begitu juga anak-anak yang menjaga emak dengan baik semasa mendapatkan rawatan.

 

Kata shnn@cikajaii, ketika ini keadaan kesihatan emaknya sudah mulai merosot dan perlu dijaga 24 jam kerana perlu diberi minum susu dan ditukarkan lampin pakai buangnya mengikut jam.

Ini part paling sedih berlaku dalam kehidupannya. Memang tak sanggup nak dengar penjelasan kalau kita ditempatnyakan..

 

Doktor beri penjelasan mesin bantuan sokongan hayat perlu dibuka untuk mengelak emak terus diserang sawan. Malah doktor juga bertanya, kalau ada apa-apa yang berlaku, nak buat CPR pada mak tak? Selepas berbincang, kami semua tak nak mak terus terseksa. Tapi paling sedih bila doktor cakap, ini masa terbaik mengajar emak mengucap sebab mak tengah nazak!!!!

 

Sumber : remaja

Selalukan kita jumpa dan terlanggar jalan raya yang berlubang begini. Kadang, kita pun tak tahu nak mengadu pada siapa dalam soal penurapan ini.