Peguam Ini Dedah Cara-Cara Tuntut Hutang Kawan-Kawan Dan Saudara Mara Guna Mahkamah Yang Ramai Orang TAK TAHU !!! Jom baca dan ketahuinya sendiri agar kita tak ditipu lagi..

 

Satu lagi kes yang selalu di tanya kepada saya adalah berkaitan tuntutan hutang yang jumlahnya kurang dari RM5000.00 Kebiasaannya hutang antara kawan-kawan dan saudara mara. Kebiasaannya juga tiada dokumen bertulis yg mengesahkan keberhutangan. Hanya ada bank in slip saja. Kekadang bagi tangan je, takde bukti apa-apa, mungkin ada saksi mata yg nampak serahan duit berlaku.

Ok, jika anda individu (sykt lain), yg ingin menuntut hutang kurang dari jumlah RM5k secara saman mahkamah, anda tidak boleh menggunakan perkhidmatan peguam.

Anda boleh saman dia secara persendirian

Pergilah ke mana-mana Mahkamah Majistret terdekat dengan rumah anda.
Cari kaunter pertanyaan mahkamah
Kalau kerani tu baru lepas make-up, tunggu dia selfie dulu
Selepas itu baru tanya dia “Cik adik, kat mana saya boleh dapatkan borang SAMAN TUNTUTAN KECIL?”
Selepas itu isi borang itu dan ikutlah arahan pada borang itu.
Selepas itu daftarkan borang dengan membayar RM 30
Selepas itu poskan salinan saman itu pada sepupu anda tersebut (jangan viral di Facebook pula). Pos daftar tahu, untuk membuktikan saman telah diposkan
Selepas itu tunggu tarikh perbicaraan.
Selepas itu masa hari perbicaraan, cakap depan Majistret macam ini: “Dengan izin tuan, saya dah failkan saman tuntutan kecil ini pada sekian-sekian hari bulan dan saman tu telah diposkan kepada defendan pada sekian-sekian hari bulan. Hari ni, defendan tak hadir maka saya memohon penghakiman ke atas defendan”
Majistret sebelum bagi penghakiman akan minta pengesahan kad pengenalan, bank-in slip atau akuan pemberian wang secara serahan tangan.
Lepas tu Majistret akan jatuhkan tukul besi kata okay, PENGHAKIMAN INGKAR DIBERIKAN!
Kalau defendan hadir pun lagi cantik, Majistret akan sekolahkan dia dulu sebelum ketuk tukul itu atas kepala dia.

SEKIAN TERIMA KASIH

Sumber:Buzze Azam