Polis Dimalukan Orang Awam Kutip Dan Pulangkan Sampah Yang Dibuangnya Dari Kereta.. Agaknya Apa Reaksi Polis Tu..


Membuang sampah merata-rata adalah salah di sisi undang-undang. Di Indonesia, pesalah boleh dikenakan hukuman denda sehingga Rp500,000 iaitu kurang daripada RM150. Walau bagaimanapun, masih ada segelintir golongan yang tidak menghiraukan undang-undang tersebut termasuklah anggota polis sendiri.

Menurut Coconuts, sebuah rakaman video tersebar menunjukkan polis dimalukan apabila orang awam mengutip dan memulangkan semula sampah dibuang olehnya dari dalam kenderaan polis.

Kejadian yang berlaku di Matraman, Timur Jakarta itu telah mendapat perhatian orang ramai kerana keberanian lelaki tersebut yang selamba memulangkan sampah tersebut kepada anggota polis itu. Selain itu, mereka berpendapat bahawa polis juga tidak boleh lari daripada undang-undang.

Rakaman video yang telah dimuat naik oleh lelaki itu sendiri yang bernama Sidoli Parjalang telah tersebar di laman media sosial. Video tersebut menunjukkan bekas cawan plastik yang telah dibuang dari dalam kereta polis ketika berada dalam keadaan berhenti kerana kesesakan lalu lintas.

Sementara orang lain hanya berdiam diri, Sidoli dan rakannya tidak senang duduk melihat perlakuan tersebut dan mengambil keputusan untuk menegur perbuatan polis itu yang menyalahi undang-undang.

Saya memberitahu rakan saya, itu tidak betul, kita mesti menegurnya. Rakan saya bertanya, Adakah anda cukup berani?

Oleh yang demikian, Sidoli terus turun daripada kenderaan yang dinaikinya dan menghampiri kenderaan polis berkenaan. Dia kemudian mengutip sampah yang dibuang itu dan dengan selamba memulangkan plastik cawan tersebut kepada polis berkenaan sambil berkata,

Tuan, ini cawan plastik anda, jangan buang sampah merata-rata, buangnya di dalam tong sampah.

Sidoli menjelaskan bahawa dia bukannya ingin tunjuk hero tetapi merasakan tiada sesiapa yang patut membuang sampah merata-rata.

 

Walau bagaimanapun, difahamkan kejadian itu terjadi pada 6 Ogos 2013 tetapi Sidoli baru sahaja memuat naik video tersebut baru-baru ini di laman media sosial selepas menjumpai rakaman video itu daripada komputer ribanya yang rosak.

Steady je bro ni tegur. Harap menjadi pengajaran buat semua.

Sumber asal : gontuni.com

Tapi tak Semua Polis Macam Tu.. ada Juga Polis Yang Baik.. Seperti Polis Di bawah Ni..



Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang pada Rabu itu, pengguna Facebook yang dikenali sebagai Muhammad Fadil pada mulanya menyaksikan kejadian itu ketika dia bersama dengan isterinya.

Pasangan tersebut secara kebetulan dalam perjalanan ke sebuah gerai berdekatan kediaman mereka di Taman Universiti, Skudai di Iskandar Puteri.

Setibanya di persimpangan lampu isyarat, dia berhasrat untuk menumpangkan keluarga berkenaan namun sebuah kereta peronda MPV dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri dilihat terlebih dahulu ‘menahan’ keluarga itu.

Anggota polis terbabit malah mempelawa mereka untuk menaiki kenderaan tersebut. Lantas Muhammad Fadil merakam momen berharga itu dan kemudiannya menceritakan kejadian itu kepada netizen menerusi media sosial.

Menurutnya, dia melahirkan rasa hormat dengan tindakan anggota polis terbabit membantu orang awam ketika menjalan tugas hakiki iaitu menjaga ketenteram awam.

“Di saat kita merungut bawa kereta yang kecil, ada lagi insan yang kurang bernasib baik, bawa motor meredah hujan dengan bawa baby lagi.

“Sebak rasa hati aku melihat gelagat mereka, walau macam mana pun respect pada PDRM yang tampil membantu menghantar isteri dan anaknya ke tempat yang ingin dituju,” tulisnya pada Rabu.

Berdasarkan dua keping gambar dimuat naik tersebut, unit MPV dari IPD Iskandar Puteri itu dilihat muncul sebelum menumpangkan wanita dan dua anaknya akibat hujan lebat.

Gambar pertama memperlihatkan wanita itu memangku anak kecil manakala gambar kedua menunjukkan wanita itu bersama dua anak kecil menaiki kenderaan polis dalam suasana hujan.

Posting yang dimuat naik Muhammad Fadil itu sehingga kini menerima lebih 2,600 perkongsian dan maklum balas positif daripada rakyat Malaysia yang memuji tindakan anggota polis terbabit di ruangan komen.

“Inilah anggota yang layak diberikan surat atau sijil penghargaan… walaupun di belakang orang atasan… tetap menjalankan tugas dengan baik, di samping punyai sifat insaniah yang amat tinggi,” tulis penggguna Facebook yang menggunakan akaun nama Fauzi Jamari.

“Masih ada lagi yang prihatin pada situasi macam ni, harap-harap bukan abam-abampolis jer… masyarakat pun bantu sama kalau nampak mereka yang memerlukan bantuan..  #salutePDRM,” kata Farah Menado.

Difahamkan, pasangan suami isteri bersama-sama dengan dua anak mereka itu hampir kehabisan minyak motosikal ketika kejadian.

Mereka kemudian ditumpangkan sehingga ke stesen minyak Petronas Taman Orkid dan diberikan RM20 untuk mengisi minyak.

Syabas diucapkan buat anggota polis berkenaan yang sanggup melaksanakan tanggungjawab kemanusiaan yang menjangkui tugas hakiki. – MYNEWSHUB.CC

KEPERIHATINAN anggota polis sedia menumpangkan seorang ibu dan kanak-kanak yang bonceng motosikal dalam keadaan hujan di Gelang Patah, Johor menerima pujian menggunung netizen.

Sumber: myynewshub via apahaltu.com