‘Prank Perkahwinan’ Dikecam, Dua Lelaki Mencabul Gadis Pengantin Yang Tidak Berdaya Melawan

‘Prank Perkahwinan’ Dikecam, Dua Lelaki Mencabul Gadis Pengantin Yang Tidak Berdaya Melawan. Dua lelaki telah di tahan kerana mencabul seorang gadis secara seksual selepas video mereka yang mencabul wanita itu tersebar,
Acara”prank perkahwinan” itu viral di media sosial dan paling banyak dikongsi di Weibo, menunjukkan dua lelaki sambil ketawa dan meraba-raba buah dada seorang wanita, kemudian menanggalkan seluar dalamnya.

Wanita itu dilihat cuba melawan dan keluar dari kereta itu namun tidak berjaya, video ini mendedahkan tradisi kacau lucah “pranks perkahwinan” terhadap pengantin wanita di China.

Netizens di China terkejut dan mendesak pihak polis menjalakan siasatan terhadap video itu, dan menahan kedua-dua lelaki berkenaan.

Polis di Xi’an telah mengesan dan berjaya menahan kedua-dua lelaki berkenaan.

Polis berkata video yang dirakam dalam sebuah kenderaan yang merupakan sebahagian daripada acara perkahwinan, kenderan itu menuju kemajlis perkahwinan wanita itu.

Seorang lelaki telah dikenal pasti sebagai Hu berusia 21 tahun, manakala yang seorang lagi sebagai Chen berusia 19 tahun.

China Business News melaporkan bahawa wanita itu mengenali kedua-dua lelaki ini dan tidak mahu mengambil sebarang tindakan undang-undang mahkamah.

 

“Hanya kerana mereka mengenali antara satu sama lain mereka dibenarkan untuk berbuat demikian” tulis seorang pengguna Weibo.

Bagaimanapun, polis masih menyiasat perkara itu, dan peguam memberitahu China Business News bahawa pasangan itu boleh penjarakan dua lelaki ini selama lima tahun bagi apa yang mereka lakukan dalam video itu.

Sumber: Wartawan Jalanan