Satu persatu terbongkar “Farid Berkelakuan Pelik Sejak Dalam Kereta Lagi”.Tiba di Mahkamah Majistret Petaling Jaya dengan memakai baju berwarna unggu.

Satu persatu terbongkar“Farid Berkelakuan Pelik Sejak Dalam Kereta Lagi”.Tiba di Mahkamah Majistret Petaling Jaya dengan memakai baju berwarna unggu.

SATU demi satu cerita di sebalik misteri insiden penahanan aktor Datuk Farid Kamil pada Khamis mula dibongkarkan.
Mynewshub turut telah menerima satu gambar yang menunjukkan salinan laporan polis oleh orang awam yang mendakwa dirinya ditendang oleh pelakon tersebut.

Satu persatu terbongkar“Farid Berkelakuan Pelik Sejak Dalam Kereta Lagi”.Tiba di Mahkamah Majistret Petaling Jaya dengan memakai baju berwarna unggu.

Dalam laporan tersebut, pengadu yang bernama Ashraf itu telah mendedahkan bahawa dia terserempak dengan Farid yang dalam keadaan tidak berbaju semasa sedang memandu di Tropicana, Petaling Jaya.

“Saya ternampak seorang lelaki tidak berbaju dalam hari hujan tengah meminta tolong kereta yang sedang lalu lalang. Saya telah berhenti dan mendapati lelaki tersebut adalah Farid Kamil (pelakon).

“Dia meminta bantuan saya bawa dia ke balai polis kerana dia telahaccident. Dalam perjalanan ke balai polis trafik, Farid Kamil berkata dia kesejukan. 

“Saya telah membawa Farid Kamil ke Restoren Bonda dan meminjam baju milik pemilik Restoren Bonda yang juga merupakan kawan saya.

“Saya dapati Farid Kamil telah berkelakuan aneh dalam kereta saya dengan mengambil gambar saya dan cuba memegang stereng kereta.

“Seterusnya saya telah membawa Farid Kamil ke balai polis trafik Kota Damansara untuk membuat laporan polis. Tiba di balai, Farid Kamil masih berkelakuan aneh.

“Tiba-tiba Farid Kamil telah melempang pipi kiri saya di hadapan polis trafik. Belum sempat saya berbuat apa-apa Farid Kamil lempang seorang anggota polis trafik yang sedang cuba bantu.

“Tiba-tiba Farid Kamil telah menendang saya dengan kuat di bahagian perut. Saya juga telah ditendang di bahagian kemaluan dengan disaksikan oleh anggota-anggota polis yang lain.”

Sementara itu menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, pelakon tersebut kini ditahan bagi siasatan lanjut dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967.

Ini kerana suspek berkelakuan tidak senonoh dalam balai polis selain Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mencederakan.

Sumber : kuasa viral