Selar Muzik Kpop Rosakkan Remaja Malaysia, Pemimpin Belia Dapat Perhatian Portal Koreaboo

Muzik Kpop mempunyai pengikut yang ramai di Malaysia. Tidak hairanlah pemergian anggota SHINee, Jonghyun memberi impak besar kepada peminat di negara ini. Sehinggakan ada yang menganjurkan majlis memperingati pemergian bintang itu di ibu kota tanda berkabung.

Namun, kenyataan seorang aktivis politik mengenai aliran muzik ini mencetuskan rasa tidak senang peminat sehingga mendapat perhatian sebuah portal hiburan di sana.

Kpop galakkan berseronok keterlaluan

Komen daripada wakil pertubuhan belia konservatif, Gamis bahawa muzik Kpop mempromosikan budaya hedonism atau hiburan tanpa batas mendapat liputan portal hiburan Koreaboo.

Faizuddin seperti dipetik portal itu berkata Kpop menggalakkan budaya berhibur berlebih-lebihan sehingga mengganggu perkembangan otak remaja di negara ini.

Malahan dakwa Faizuddin lagi, disebabkan muzik berkenaan, peminat Kpop akan bekerja dengan gaji lebih rendah berbanding mereka yang tidak menggemari muzik itu.

Remaja Muslim cenderung kurang berdisiplin

Dakwa Faizuddin, kebebasan yang diperjuangkan artis Kpop akan menyebabkan remaja Muslim semakin tidak berdisiplin dengan menggalakkan kebebasan peribadi melampau.

Kita semakin bermasalah kerana dibesarkan dalam persekitaran yang tidak sihat. Macam mana nak tengok remaja berkualiti jika program hiburan pun banyak dipengaruhi budaya hedonism seperti Kpop yang ada dimana-mana.

Faizuddin bagaimanapun tidak mendedahkan sumber kenyataannya itu namun amat pasti muzik pendedahan kepada muzik Kpop dan liberalism akan memberi kesan buruk kepada remaja di Malaysia.

Sumber: Koreaboo via ohbulan
The following two tabs change content below.