Tatap jasad kaku isteri .. Jururawat isteri anggota bomba maut pulang syif petang (8Gambar)

Langkawai : Seorang jururawat maut apabila kereta Mitsubishi Asx yang dipandu nya dirempuh oleh pacuan 4 roda (4WD) dalam kejadian malam tadi di Kampung Sungai Menghulu Jalan Padang Mat Sirat Langkawi kira-kira pukul 11.15 malam tadi.

Mangsa yang dikenali dengan nama Nor Aza Che Ani dari Unit Haemodylisis, Hospital Langkawi meninggal dunia ketika dirawat di Zon Merah Hospital Langkawi akibat parah, manakala pemandu 4WD yang merupakan warga asing juga parah.

Apa yang paling memilukan suami arwah merupakan Anggota Bomba yang bertugas di BBP Langkawi, Suami arwah Osman Zaki yang tiba ditempat kejadian menatap jasad kaku isteri yang parah Kemalangan.

Jasad arwah Nor Aza di Hospital Langkawi untuk tindakan lanjut, arwah meninggalkan suami dan anak-anak yang masih kecil, pergi nya diperjalanan pulang bertugas untuk negara dan mencari rezeki buat keluarga.

Punca sebenar kejadian kini disiasat oleh pihak berwajib, semoga suami arwah tabah dengan dugaan ini biasa dia lah penyelamat dan menyelamat dalam kemalangan tidak disangka kini isteri nya juga mangsa kemalangan.

Permergian Arwah Nor Aza diratapi rakan-rakan seperjuangan nya yang mana arwah merupakan seorang jururawat yang amat komited dan disenangi ramai. Al fatihah.

Sumber : accident portal