[VIDEO] Sekitar Majlis Tahnik Anak Fizo Omar, Doa Fizo Untuk Wan Maryam Ini Buat Netizen Sebak

Tanggal 29 Disember lalu, pelakon dan usahawan berjaya Fizo Omar telah menimang seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Wan Maryam. Memang sangat comel seindah namanya juga. Fizo Omar melalui perkongsiannya sebelum ini mengucapkan rasa syukur kerana doanya selama 4 tahun untuk bergelar bapa akhirnya termakbul.

Terbaru, Fizo Omar memuatnaik video sekitar majlis tahnik puteri sulungnya itu. Apa yang membuatkan netizen terharu adalah doa buat Wan Maryam.

Comelnya Wan Maryam

Fizo Omar kelihatan menangis meminta hadirin mendoakan agar keluarganya bahagia dunia akhirat, selain anaknya Wan Maryam menjadi seorang puteri yang solehah dan taat kepada Allah SWT. Di ruangan komen, ramai yang turut berasa sedih dengan doa yang dibacakan Fizo Omar di akhir video tersebut. Walaupun diadakan serba sederhana, majlis nampaknya berjalan dengan lancar.

Komen netizen

Sumber : Instagram Fizo Omar