3 Cinta Hati ‘Pergi’ Serentak, Jue Aziz Menangis Tak Mampu Tahan Sedih. Harap Jue Aziz Bertabah..

Jue Aziz muat naik video dia sedang menangis di laman Instagram. Foto Instagram: @jueaziz22_official

PELAKON Jue Aziz tidak mampu menahan sebak sehingga menitiskan air mata apabila tiga ekor anak kucing kesayangannya mati pada petang Sabtu.Menerusi muat naik video di laman Instagram, Jue berkongsi kesedihan atas pemergian haiwan kesayangannya itu.”Ya Allah… macam tahu saja mama esok tak ada outstation, boleh pula dia (anak kucing) ni pergi tiga ekor sekali jalan.”Sekurang-kurangnya mama tak terkilan kamu semua pergi depan mata mama. Terima kasih Allah bagi pinjamkan sekejap anugerah ini.

ARTIKEL BERKAITAN Jue Aziz Rasa Tertipu

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/02/12/jue-aziz-sedih/~/media/e661c68075214cea9b60a149a04466e2.ashx?la=en

Jue berkongsi kesedihan atas kematian tiga ekor anak kucingnya.

“Allah nak tarik benda yang kita sayang bila-bila masa sahaja dengan izinnya. Percayalah, Allah akan menggantikan yang lebih baik,” tulisnya di laman tersebut.

Dalam pada itu, Jue turut berkata dia tidak sanggup melihat bangkai anak kucing tersebut.

Ujarnya lagi, ketika itu dia masih mengharapkan agar ada keajaiban anak kucing berwarna putih itu kembali bernyawa.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/02/12/jue-aziz-sedih/~/media/cb24861c3acf4b77bb4686a1ec71a113.ashx?la=en

Tiga ekor anak kucing kesayangan Jue Aziz.

“Kadang-kadang tu saya cuba kejutkan tiga beradik ini kalau boleh bernafas semula dan mengharapkan keajaiban,” kata Jue membalas komen seorang pengikutnya.

Perkongsian pelakon drama Manjalara itu turut menarik perhatian pengikut yang turut bersimpati.

Mereka meninggalkan komen meminta Jue bersabar dengan ujian tersebut dan memahami kesedihan yang ditanggung aktres berusia 34 tahun ini.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/02/12/jue-aziz-sedih/~/media/04e9f3042d4c49a8bfe769cda2a39b61.ashx?la=en

Jue dikenali sebagai insan yang sangat menyayangi haiwan terutamanya kucing.

“Saya faham perasaan Jue, dulu saya pun macam ni. Sedih sangat apabila kucing kita sayang pergi meninggalkan kita selama-lamanya.

“Tak boleh tengok Jue menangis, rasa sedih sangat. Sabar ya, Insya-Allah pasti ada ganjaran buat kita semua pencinta kucing,” komen netizen.

Sebelum ini, Jue cukup terkenal dengan sikap penyayang kepada kucing dan dia turut memelihara beberapa ekor haiwan tersebut.

Malah, dia juga kerap memuat naik foto kucing peliharaannya di laman sosial dan menerima pujian netizen yang mengagumi cara dia melayan haiwan comel itu.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/02/12/jue-aziz-sedih/#0p2Ju5VOPtDtWM1X.99