ADAM50: Cara Memohon RM200 Amanah Dana Anak Malaysia 2050

amanah dana anak malaysia 2050

ADAM50 atau Amanah Dana Anak Malaysia 2050 adalah skim yang diperkenalkan kerajaan ketika pembentangan Bajet 2018.

Setiap anak Malaysia yang dilahirkan bermula 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022 akan dihadiahkan Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM200 melalui unit Amanah Saham di bawah skim tersebut.

Selepas pendaftaran dilakukan, 200 unit percuma tersebut akan dikreditkan secara automatik ke akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi bayi Bumiputera atau Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) bagi bayi bukan Bumiputera.

Berbeza dengan BR1M 2018, kos keseluruhan ADAM50 yang akan dilaksanakan selama lima tahun bermula 2018 sehingga 2022 ini dianggar mencecah RM560 juta dan akan memanfaatkan 2.8 juta bayi Malaysia.

CARA MEMOHON ADAM50
adam50 bajet 2018

Pendaftaran ADAM50 hendaklah dilakukan dalam tempoh setahun selepas bayi dilahirkan.

Sebagaimana contoh, sekiranya bayi dilahirkan pada 2 Januari 2018, ibu bapaatau penjaga berdaftar hendaklah melakukan pendaftaran selewat-lewatnya pada 2 Januari 2019.

Sekiranya gagal mendaftar dalam tempoh tersebut, kelayakan untuk menadapatkan unit insentif percuma akan terbatal.

bu bapa atau penjaga berdaftar boleh datang ke Cawangan ASNB atau mana-mana ejen ASNB di seluruh negara:

Maybank
Maybank Islamic
CIMB
CIMB Islamic
RHB
RHB Islamic
Pos Malaysia
Bank Simpanan Nasional
Affin Bank
Alliance Bank
AmBank
AmBank Islamic

DOKUMEN PENDAFTARAN ADAM50
Berikut antara dokumen yang perlu dibawa ketika proses pendaftaran, antaranya:

Kad pengenalan (MyKad) ibu/bapa/penjaga berdaftar
MyKid bayi atau Sijil Kelahiran
Sebarang dokumen sokongan seperti Surat Pertalian Darah, perintah mahkamah dan lain-lain jika penjaga berdaftar bukan dalam kalangan ibu atau bapa bayi

SYARAT KELAYAKAN
Berikut kriteria dan syarat kelayakan permohonan ADAM50:

Lahir pada atau selepas 1 Januari 2018
Warganegara Malaysia
Ibu/bapa atau Penjaga berdaftar berwarganegara Malaysia dan berumur 18 tahun dan ke atas
Peserta serta Penjaga Berdaftar tidak diisytiharkan muflis sepanjang tempoh pelaburan

Untuk makluman, 200 unit insentif tersebut tidak boleh dijual semula dan hanya boleh dikeluarkan setelah anak mencapai usia 18 tahun.

Peserta juga tidak boleh menarik diri setelah pendaftaran dilakukan, melainkan peserta tidak lagi memenuhi kriteria kelayakan am pelaburan ASNB, sebagai contoh status pertukaran Wargenegara.
SOALAN LAZIM
Q: Bolehkah saya menamakan peserta ADAM50 sebagai penerima Hibah Amanah/Pengisytiharan Amanah?

A: Ya, boleh. Pemberi Hibah/Pengisytiharan Amanah perlu melantik Penjaga Sah bagi penerima yang berumur 18 tahun ke bawah.

Q: Sekiranya anak saya menerima Harta Hibah/Pengisytiharan Amanah yang melebihi had maksimum individu tabung, adakah harta tersebut akan dibayar secara tunai?

A: Tidak. Harta tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun peserta sekaligus meningkatkan had pelaburan maksimum daripada had sedia ada kepada had baharu, tertakluk kepada amaun Harta tersebut. Contohnya, peserta menerima Harta berjumlah 100,000 unit, had maksimum peserta akan meningkat daripada 50,000 unit kepada 150,000 unit.

Q: Sekiranya peserta meninggal dunia sebelum tempoh matang, apakah yang akan terjadi terhadap akaun tersebut?

A: Unit insentif serta segala pengagihan pendapatan yang terakru akan dilepaskan, serta segala baki akaun akan di bayar kepada waris. Sila rujuk laman sesawang ASNB bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan kaedah tuntutan harta pusaka.

Q: Sekiranya ibubapa atau penjaga bayi diisytiharkan Muflis, adakah kelayakan peserta di tarik balik?

A: Tidak. Peserta masih layak menyertai program. Sebarang baki pelaburan dalam akaun peserta tidak akan dibayar ke Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) sekiranya penjaga diisytiharkan Muflis. Akan tetapi, penjaga berdaftar baharu dikehendaki membuat penukaran penjaga peserta di Cawangan atau Ejen ASNB dengan membawa segala dokumen sokongan bagi tujuan penukaran penjaga.