Akhirnya Tuan Badan , Sufian Suhaimi Sudah Buka Mulut Berkenaan Status Tunang Beliau. Status Sufian Suhaimi Ini Akan Membuatkan Elfira Loy Sebak..

KAPSYEN BERTUNANG TUKAR – SUFIAN BUAT PEMINAT SEBAK

Menerusi laman Instagram, penyanyi Sufian Suhaimi dilihat telah menukar kapsyen di gambar pertunangan dengan pelakon Elfira Loy.

Penyanyi yang popular menerusi lagu ‘Terakhir’ itu telah mengubahkan kata-katanya menjadi ucapan pengakhiran hubungan dengan Elfira.

Menurut Sufian, beliau tidak pernah menyesal mengenali wanita itu dan ianya merupakan hari paling indah buatnya.

Kata-kata pada gambar pertunangan yang diambil empat bulan itu telah membuatkan peminatnya sebak bila membacanya. Malah, ramai memberikan kata-kata semangat buat jejaka itu untuk meneruskan kehidupan.

Klik untuk gambar besar

Berpegang dengan kata-katanya, Sufian membuktikan beliau tidak mempunyai perasaan dendam terhadap Elfira mahupun keluarganya dengan tidak memadam sekeping pun gambar di sekitar majlis pertunangan mereka beberapa bulan lalu.

Tempoh hari, bapa Elfira memaklumkan telah memulangkan cincin pertunangan mereka sekaligus mengakhiri tali pertunagan secara rasmi.

Enggan mendedahkan sebabnya, kedua-dua belah keluarga pasangan selebriti itu menerima keputusan tersebut dengan terbuka.

Bagaimanapun, Elfira yang kini masih berada di luar negara, tidak memberikan sebarang komen lagi mengenai perkara ini.

Namun jika dilihat pada Instagramnya miliknya, segala gambar pertunangan sudah dipadam dan hanya meninggalkan sekeping gambar menerima sejambak bunga.

Apa-apapun, kami doakan yang terbaik buat mereka dan semoga kedua-duanya akan ditemui apa yang dicari.

www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan