Alhamdulillah’ – 5 Bulan Tidak Bersua, Nedim Nazri Bersatu Kembali Dengan Anak

Sebelum ini suami kepada Nora Danish, Nedim Nazri ada meluahkan rasa kecewa di Instagram mendakwa beliau tidak dibenarkan berjumpa anaknya sendiri, Dre. Berikutan itu, beliau telah membawa perkara ini ke mahkamah bagi menuntut hak dirinya sebagai bapa.

Selepas 5 bulan tidak bersua, sebentar tadi Nedim memuat naik foto menangis kegembiraan apabila akhirnya saat ditunggu sudah pun tiba.

Allahuakbar, alhamdulilah

Bila saya apabila mendapat call daripada bodyguard memberitahu anak saya, Dre sudah berada di dalam kereta dan dalam perjalanan ke rumah. Reaksi saya ‘allahuakbar, alhamdulilah’. Saya tak pernah hilang kepercayaan dan sentiasa berharap kepada Allah. Selama 5 bulan menahan sakit, Allah sentiasa ada untuk membantu saya. #syukuralhamdulilah
Daddy & Dre together again

Syukur alhamdulillah

Melalui perkongsian di Instagram, Nedim meluahkan rasa syukur dan teruja akhirnya anak kesayangannya Dre yang sudah 5 bulan tidak berjumpa kini berada di hadapannya. Dia juga seakan tidak dapat menahan sebak memeluk anaknya dengan erat.
Komen netizen

Sumber : Instagram boss_ned