‘Awek Cendol’ Dapat Banyak Job Ditawar Jadi Duta Produk! Wah..Produk Ape Tu..?

KERANA video ‘manja’ yang ingin makan cendol, Nija atau lebih dikenali sebagai Awek Cendol kini bagaikan menjadi satu bahan lawak bagi kebanyakan masyarakat.

Walaupun ada yang mencemuh dan mengeji perbuatannya itu, bagi pemilik nama sebenar, Nur Anizah Tahang, 20, dikatakan tidak mengambil hati dengan video parodi yang bersepah menerusi laman sosial.

“Ada yang panggil saya ‘Awek Cendol’ lah, ‘Kak Cendol’ lah. Malah ada yang cuba meniru aksi video dengan dialog yang sama di hadapan saya,” katanya dipetik daripada mStar Online.

Malah, disebabkan video tular itu, dia kini lebih dikenali dan turut menjadi tumpuan ketika keluar bersiar-siar di luar.

Wow… Hebat juga penangan video cendol tu ya, sampai dah ramai yang mula kenal.

“Ikutkan hati, rasa nak pakai topeng saja bila keluar. Pergi mana-mana ada saja yang memerhati, tak kiralah lelaki atau perempuan,” tambahnya lagi.

Tambah gadis kelahiran Kajang, Selangor itu, dia sememangnya seorang yang manja dalam kalangan teman rapat, keluarga dan lebih-lebih lagi bersama dengan teman lelakinya, Muhd. Aiman Amar Maiyuddin, 20.

Oleh itu, dia langsung tidak berasa malu dengan perwatakannya itu dan menegaskan bahawa Awek Cendol yang sekarang, masih sama seperti sebelum dirinya viral pada minggu lalu.

“Kalau orang kata saya semakin sombong, berlagak, itu hanya tanggapan mereka. Ada yang faham dan ada yang tidak faham mengenai penjelasan saya sebelum ini.

“Saya hanya jadi diri sendiri. Kalau ada yang tegur dengan nama-nama ‘cendol’, saya hanya senyum. Kalau ada yang nak bergambar bersama, saya layankan saja,”tambahnya lagi.

Anak sulung daripada dua beradik itu juga telah dijemput ke Astro bagi program Motif Viral sebagai tetamu jemputan bagi program berkenaan.

Alang-alang dah ada di Astro, Nija juga telah ditawarkan untuk menjadi pelakon tambahan bagi video parodi rancangan MeleTOP yang mengisahkaan tentang kisah cendolnya itu.

“Tapi saya bukanlah artis. Bezanya sekarang, saya mungkin lebih dikenali, dan yang lebih penting rezeki semakin bertambah, Alhamdulillah,” ujarnya lagi.

Bukan itu sahaja, bagaikan mendapat durian runtuh apabila dia kini turut sedang mempertimbangkan satu tawaran sebagai duta produk dan dikatakan sebanyak empat syarikat kecantikan telah beri tawaran berkenaan kepadanya.

Dalam masa yang sama, dia juga tidak menolak jika suatu hari nanti dia mendapat mana-mana tawaran sebagai pelakon namun ianya masih perlu dipertimbangkan selepas mendapat persetujuan daripada ahli keluarga.

“Manja tu adalah diri saya sendiri, takkan nak berlakon watak manja. Nanti macam sengaja dibuat-dibuat pula.” tambahnya ketika ditanya pendapat tentang watak manja.

Mungkin itu rezeki dia, walaupun menjadi terkenal hanya disebabkan video lapar cendol… – MYNEWSHUB.CC/AH