Babi Hutan Gergasi Dilihat Membongkar Sampah Di Luar Sekolah

Video viral di Facebook telah mencetuskan perdebatan, The Great Boar Debate of 2018, yang ambil kisah tentang perkara ini – telah menggelarnya sebagai BoarGate.

Seekor babi hutan gergasi bersama satu kawanan babi hutan itu dilihat berebut-rebut menyelongkar beberapa sampah yang betul-betul terletak di sebelah sekolah rendah tempatan dan sudah tentu, ibu bapa tidak senang akan perkara ini.

Haiwan gergasi itu boleh dilihat berdiri di hujung tempat sampah itu dan sebagai babi yang paling besar maka ia dilihat makan makanan terus dari pembuangan sampah itu manakala sekumpulan babi yang lebih kecil mengelilingi kepala ketua kumpulan itu.

Video yang dimuat naik pada hari Selasa 6 Februari, telah dikongsi sebanyak 4,600 kali dan mempunyai sehingga 302,000 tontonan.

Banyak penonton dalam talian yang terkejut dengan saiz babi tersebut, lalu menamakan ia ‘pigzilla’ – pernahkah anda menggunakan perumpamaan ‘gemuk macam babi’? Yang ini lebih besar daripada babi biasa. Sementara yang lain terdapat juga menyatakan keprihatinan terhadap pelajar-pelajar berdekatan di sekolah itu yang terletak di Hong Kong.

Anda boleh menonton rakaman dalam klip di bawah:

Denys Ho, sambil memikirkan perutnya, apabila dia memberi komen:

“Saya sedang mencari makan malam.”

Misaki Ceci, lebih prihatin tentang jarak babi itu dengan sekolah, menulis komen:

“Babi hutan itu berada di hadapan sekolah. Saya berhati-hati dengan sekolah rendah Hyung-Hyung.”

Ramai yang menganggap babi itu yang kelihatan agak gembira meratah makanan pada sampah itu, walaupun liar. Kebanyakan pengguna Facebook yang mengasihi haiwan itu menyampaikan rasa simpati kepada babi yang kelihatan sangat lapar itu.

Wong Cho Ching memberi komen:

“Ia sangat lapar, dan babi hutan mempunyai hak untukhidup dan kebebasan. Dia hanya lapar.”

Babi hutan – yang merupakan haiwan liar tetapi mempunyai habitat yang dimusnahkan oleh permodenan bandar – mempunyai reputasi buruk di dalam negara itu kerana berbahaya, membongkar sampah dan merosakkan tanaman, dilaporkan Hong Kong Free Press.

Namun, satu pasukan dari kalangan enam penduduk tempatan berjuang untuk mencabar kesalahfahaman awam tentang haiwan liar terbesar di bandar itu, yang diketuai oleh juruukur dan aktivis hak asasi manusia, Roni Wong.

Dia mengasaskan kumpulan Wild Boar Concern Group pada tahun 2013 dengan seorang kawan, selepas mereka terserempak dengan sebuah pasukan memburu babi hutan di Tai Wai.

Mereka campur tangan dan menghalang pembunuhan itu

Wong memberitahu HKFP:

“Babi hutan telah dibenci oleh pemburu, media tempatan dan orang yang salah faham tentang ia.

Malah, jika anda tidak memprovokasi ia, ia tidak akan menyerang anda. Ia sebenarnya takut kepada orang.”

Kumpulan itu menyokong untuk hidup bersama dengan babi hutan.

Mereka mengatakan bahawa banyak contoh konflik hidupan liar dengan manusia boleh dicegah, seperti membuang sumber makanan binatang yang berhampiran dengan tempat tinggal manusia.

Elisa Allen, Pengarah PETA UK memberitahu UNILAD:

Haiwan liar menghadapi bahaya yang semakin meningkat kerana aktiviti manusia yang menceroboh pada habitat semulajadi mereka – itulah sebabnya babi hutan ini terpasa untuk menyelongkar makanan di sampah-sampah untuk kelangsungan hidup.

Haiwan di Hong Kong dan di tempat lain berada di bawah tekanan yang besar akibat landskap, bangunan, jalan raya, dan perkembangan lmodenisasi ain. Kita perlu memberi tumpuan kepada perancangan bandar yang efektif dan kaedah yang berkesan dan tidak berbahaya bagi haiwan liar.

Jika tidak, ia akan terus menemui diri ia dalam situasi yang membahayakan diri ia atau orang lain – walaupun bukan salah ia secara langsung.

Ukuran biasa yang dilihat di kampung-kampung adalah membina kandang di sekeliling tong sampah.

Sementara itu, penduduk tempatan masih tidak mengalu-alukan kehadiran makhluk-makhluk liar ini.