Baru Buku Bertemu Ruas.. Isu Tidak Terhenti Di Sini. Lawan Tetap Lawan.. Osh Dan Taj Akan Mengambil Tindakan Undang Undang Ke Atas Farid Kamil..

Muhamad Akmal (kiri) sewaktu di Balai Polis Mutiara Damansara. FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN

 

PEGUAM mewakili dua individu didakwa Datuk Farid Kamil, Muhamad Akmal Arif Shamsul Kahar memberitahu kemungkinan anak guamnya, Osh dan Taj akan mengambil tindakan undang-undang.

Jelas Akmal, Osh atau Ahmad Fairuz Ahmad Rusli sudah memberi keterangan minggu lalu.

Manakala Taj atau Ahmad Tajuddin Mohamed Tahir, hadir jam 2 petang di Balai Polis Mutiara Damansara, Petaling Jaya, hari ini untuk memberi keterangan berhubung dakwaan Farid terdapat pihak memasukkan dadah ke dalam minuman tanpa pengetahuanya.

“Sebenarnya saya baru dilantik Taj untuk mewakili dirinya. Taj juga baru dimaklumkan mengenai dakwaan dibuat Farid, bulan lalu.

“Buat masa ini kami akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis. Soal mengambil tindakan undang-undang ke atas dakwaan Farid akan dibuat selepas ini berdasarkan keputusan siasatan polis,” katanya.

Ditanya mengenai keadaan Taj sama ada dakwaan Farid menjejaskan kehidupanya, Akmal berkata dia yakin Taj berada dalam keadaan baik.

Sementara itu Akmal memberitahu dua anak guamnya itu akan memberi kenyataan dalam sidang akhbar yang akan berlangsung dalam waktu terdekat.

“Barangkali, kami akan mengadakan sidang media,” katanya.

Pada masa sama, Taj enggan memberi sebarang komen berhubung perkara itu dan dilihat terus memasuki balai polis berkenaan.

Sebelum ini, Farid membuat laporan polis mendakwa tiga rakan artis memasukkan bahan terlarang ke dalam minumannya sehingga mendorongnya bertindak ganas dalam sebuah balai polis, bulan lalu.

Dia turut mendakwa diberikan rokok yang disapu dengan minyak dipercayai daripada bahan dadah.

Pendedahan itu membawa kepada penahanan pelakon, Sofi Jikan, 48, yang didapati positif dadah ketika hadir memberi keterangan berhubung kes itu di Balai Polis Mutiara Damansara pada 6 Februari lalu.

Selain Sofi dan Taj, penyanyi kumpulan nasyid, Firdaus iaitu Ahmad Fairuz Ahmad Rosli, 47, atau dikenali Osh turut dipanggil memberi keterangan selepas dikatakan menganiaya Farid.

Sumber : harian m