Cikgu Ini Berlakon Konon Nak Pinjam Wang Daripada Ibu Miskin, Rupa-Rupanya Jawapan Wanita Ini Buat Dia Sebak…


by Asma’ Razak

Kekangan wang mungkin menjadi halangan utama untuk seseorang individu membantu individu lain yang berada dalam kesusahan. Namun, ada segelintir individu yang langsung tidak menjadikan kehidupan miskin sebagai alasan untuk membantu insan yang lebih memerlukan.

Terdahulu, seorang cikgu dikenali sebagai Mohd Fadli Salleh pernah berkongsi di laman Facebook miliknya kisah bagaimana hak murid tidak diendahkan ibu bapa sehingga ada pelajar yang kelaparan tidak sempat makan di kantin. Kali ini, guru ini berkongsi pula sebuah kisah tentang sebuah keluarga miskin yang pernah dijumpainya dulu.
Sumber: Facebook
Menerusi entri baru, Fadhli menceritakan kisah dia dihubungi oleh seorang wanita dari Kuala Selangor sewaktu melancarkan Projek Beg Sekolah akhir tahun lalu. Wanita tersebut bertanyakan Fadli tentang Program Beg Sekolah yang dianjurkan dan ingin mengetahui sekiranya anak-anaknya layak menerima bantuan tersebut.

“Cikgu. Saya tahu beg itu untuk orang miskin kawasan Gombak sahaja. Saya tinggal di Kuala Selangor. Anak-anak ada 5 orang. Anak-anak saya anak yatim. Layakkah cikgu?” kata wanita tersebut.
Gambar hiasan
Sewaktu mendengar soalan tersebut, Fadli terus meminta ibu kepada lima anak tersebut datang ke Greenwood untuk mengambil barang-barang yang disediakan. Walaupun tinggal jauh di Kuala Selangor, wanita tersebut sanggup menunggang motosikal hampir tiga jam di bawah terik mentari untuk ke Gombak semata-mata demi set pakaian sekolah anak-anaknya.

Membawa bersama tiga orang anak untuk mengambil bantuan yang disediakan, wanita tersebut menerima beg, set pakaian sekolah dan kasut untuk anak-anaknya daripada Fadli setibanya di lokasi. Itu kisah tahun lepas. Semalam, Fadli teringatkan ibu tersebut dan cuba menghubunginya.

Fadli menghantar mesej melalui WhatsApp dan tiba-tiba berpura-pura mahu meminjam wang daripada ibu miskin tersebut walhal dia tahu bahawa wanita itu adalah daripada golongan asnaf. Pun begitu, jawapan yang diterima daripada ibu miskin tersebut membuatkannya begitu sebak.
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
“MasyaAllah. Mulia sungguh hatinya. Dia tak punya duit untuk bagi aku pinjam, namun duit zakat yang dia bakal terima dia hendak bagi aku. Meremang bulu roma aku bila baca dia nak bantu aku.

“Saat dia kata tunggu duit zakat masuk, berair mata aku. Dengan duit zakat yang tak seberapa itu pun dia masih nak beri kat orang. Padahal untuk kegunaan harian pun tak berapa nak cukup,” kata Fadli dalam entrinya.

Walaupun hanya ada beberapa ringgit dalam simpanan, wanita berhati mulia tersebut masih mahu membantu orang lain yang dirasakan lebih memerlukan daripadanya. Langsung tiada keraguan dalam dirinya, wanita tersebut menawarkan untuk meminjamkan wang zakat yang bakal diterima nanti kepada Fadli.
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Fadli tidak dapat menahan sebak dan terus meminta maaf kepada wanita tersebut. Guru itu juga memberitahu bahawa dia hanya berlakon sahaja untuk menguji ibu miskin itu dan langsung tidak menyangka wanita itu sudi membantunya.

“Orang yang biasa hidup susah ini, mereka lebih mudah untuk memberi bilamana orang lain tersepit.

“Hari ini, Allah buktikan pada aku. Miskin itu tidak menjadikan mereka hina. Bahkan orang miskin lebih ramai berhati mulia,” kata Fadhli lagi.

Mata masuk habuk la…

Sumber://lobakmerah.com/cikgu-ini-berlakon-konon-nak-pinjam-wang-daripada-ibu-miskin-namun-jawapan-wanita-ini-buat-dia-sebak/ Via http://viralisme.net

Cerita Seterusnya Kisah Terjadi  Di Sebuah Sekolah,
Guru Ini Dipuji Ramai Selepas Jaga Murid Tahun 1 yang Terbuang Air Besar Dalam Seluar

by Zarith Sofea

Kita semua tahu, murid bagi sekolah rendah dan menengah baru sahaja memulakan sesi pembelajaran bagi tahun 2018. Banyak keletah dan gelagat lucu murid-murid Tahun 1 yang dirakam oleh ibu bapa mereka, berjaya mencuri perhatian netizen. Mana tidaknya, ini lah kali pertama mereka berpisah dengan ibu bapa dan perlu berdikari tanpa mengharapkan pada sesiapa.

Seperti baru-baru ini, tular di laman sosial di mana, murid lelaki Tahun 1 menangis kerana takut dimarahi oleh guru setelah dia terbuang air besar di dalam seluar. Alololo kesianyaa diaa!
“Tadi kat sekolah ada seorang murid melayu tahun 1 waktu rehat duduk dalam bilik air, menangis teresak-esak..”
Sumber: Facebook
Menurut Mohd Salimi Ahmad, guru bagi murid tersebut, dia perasan situasi itu apabila ramai murid yang keluar masuk dalam tandas berkenaan. Apabila ditanya, guru yang ada di situ memaklumkan bahawa ada seorang murid yang terbuang air besar di dalam seluar.
“Habis kena baju dan seluar dia..”
Ketika di sana, ada dua orang lagi guru yang terlibat, turut membantu murid tersebut untuk menyelesaikan masalahnya. Mujur ada baju t-shirt dan seluar pendek di dalam stor sekolah sebagai simpanan bagi apa-apa yang terjadi.

Guru berkenaan cuba memujuk murid tersebut kerana dia masih lagi menangis. Katanya kepada murid itu,
“Tak apa Man (bukan nama sebenar), tak payah menangis ye, bukan ada apa-apa pun. Sekarang Man masuk ke tandas, buka baju semua, bersihkan badan Man, nanti dah habis keluar tukar baju lain ye..”
Sumber: Facebook
Guru itu turut meminta murid itu tersebut untuk meletakkan baju kotornya ke dalam plastik, supaya senang bapa murid berkenaan untuk membawanya pulang.

Sedang guru ini menunggu murid itu menukar baju, dia berborak dengan guru lain, di mana dia tahu murid itu menangis kerana malu pada kawannya dan takut sekiranya dimarahi oleh guru. Mereka turut meletakkan situasi murid tersebut kepada anak-anak mereka, sekiranya benda yang sama berlaku kepada anak-anak.
“Kita pun ada anak besar macam ni, kita kena bayangkan kalau anak kita sendiri kat sekolah jadi macam ni, mesti dia pun akan rasa sama macam budak ni rasa. Betul tak?”
Sumber: Facebook
Usai sahaja menukar baju, guru itu membawa murid tersebut ke kantin memandangkan dia masih belum makan sejak pagi. Tetapi gelagat murid itu yang hanya makan sedikit dan nampak riak gusar di wajahnya, guru itu pun berkata,
“Kenapa makin sikit je? Tak apa, kamu makan je banyak-banyak. Tak payah takut. Cikgu tak marah kamu sebab kamu tak masuk kelas lagi. Sebab cikgu kelas kamu dah tahu kamu tak makan lagi, jadi kamu makan je ye..”

“Lagipun kesian kat mak kamu, bagi bekal bihun. Nanti balik sedih dia tengok kamu makan sikit je, tak habis, mesti dia sedih kan..”
Lalu pelajar itu membuka balik penutup makanannya, dan menghabiskan makanan tersebut.

Perkongsian guru ini rata-ratanya mendapat pujian daripada netizen.
“Guru pun ada hati dan perasaan yang sangat mulia.. Thank you cikgu-cikgu semua”

“Hingus meleleh pun cikgu lapkan. Tapi asyik cakap cikgu macam-macam”

“Untuk semua yang bergelar guru, anda hebat!”
Tak susah sebenarnya nak jaga murid-murid ni. Asalkan kita faham situasi mereka, dan pandai ambil hati mereka. Kan? 🙂

Sumber://lobakmerah.com/guru-ini-dipuji-ramai-selepas-jaga-murid-tahun-1-yang-terbuang-air-besar-dalam-seluar/ Via http://viralisme.net