Disebat Dengan Tali Pinggang, Ditendang, Dipijak Hingga Terkencing, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Didera Bapa

2 Feb – Seorang kanak-kanak berusia 9 tahun didakwa telah ditendang dan dipijak hingga terkencing, malah dipukul menggunakan tali pinggang yang digunakan oleh tentera dipercayai didera oleh bapa kandungnya sendiri dan telah menghembuskan nafas terakhir kelmarin.

Mangsa juga dikatakan pernah dipukul menggunakan sebuah bangku plastik kecil. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, openderaan yang sukar dibayangkan oleh manusia yang berfikiran waras itu kini sedang disiasat dengan teliti oleh pasukan siasatan polis.

Tambah Zainudin lagi, perbuatan itu terdedah dalam siasatan awal polis terhadap bapa kandung dan ibu tiri mangsa yang kini ditahan reman selama tujuh hari bermula Jumaat, 2 Februari 2018.

“Berdasarkan pengakuan awal suspek, pada malam kejadian dia telah bertindak memukul anaknya dengan tali pinggang yang biasa digunakan oleh tentera, menendang anaknya dan memijaknya hingga terkencing.




“Suspek juga membuat pengakuan awal pernah memukul si mati menggunakan sebuah bangku plastik kecil,”
katanya di sini hari ini.

Kedua-dua suspek berusia 38 dan 34 tahun itu telah dibawa ke rumah sewa mereka di Taman Vista Jaya, Lukut tengah hari tadi bagi membolehkan polis menjalankan pemeriksaan di lokasi mangsa telah didera.

Menurut jiran yang enggan dikenali mendakwa, anaknya yang juga rakan kepada mangsa mendedahkan bahawa murid berusia 9 tahun itu kerap mengadu didera bapanya sebelum ini.

Foto: Utusan Malaysia

“Dia beritahu anak saya, selalu kena pukul malah pernah dibaling kerusi oleh bapanya itu sehingga kerusi itu patah dan dia cedera. Dia juga beritahu kalau keadaan berterusan, dia boleh mati,”

katanya ketika ditemui di kawasan perumahan itu di sini, hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, mangsa dipercayai telah meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) pada jam 12.30 tengah malam.

Selepas dibedah siasat mendapati kanak-kanak terbabit cedera pada buah pinggang, selain usus terkoyak dan patah tulang rusuk yang dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul.

Video: Kosmo Online

Siakapkeli.my