‘Kalau Ada Party Dengan Fan Tolong Nasihat Sikit’ – Sharifah Shahira Bengang Peminat Fattzura Over

Sejak beberapa hari ini pelakon, pelawak dan pengacara terkenal, Sharifah Shahira sering memuatnaik beberapa momen throwbackperkahwinannya untuk dikongsi bersama peminat. Menurut Shiera, foto throwbackberkenaan dibuat bagi mengingati tarikh ulang tahun perkahwinan mereka yang jatuh pada 28 Feb 2003.

Terbaru, pengacara berbakat besar ini memuatnaik satu status secara terbuka bagi menegur peminat Fattzura agar tidak terlalu fanatik.

‘Ada cara lain bila menaip’

Sharifah Shahira menasihati secara terbuka tentang mesej yang ditinggalkan melalui direct messaging di Instagram oleh satu akaun yang didakwa sebagai peminat kepada pasangan yang sedang hangat diperkatakan – Fattzura.
‘Dia tulis tak hina, tapimenganjing rasanya’

Pengguna akaun tersebut didakwa meninggalkan mesej sinis yang ditujukan kepada gambar perkahwinan Sharifah Shahira.
‘Kalau ada party dengan fan, tolong nasihat sikit’

Dia juga sempat meminta Fattah dan pasangan untuk menasihati peminat mereka terutamanya yang melebih-lebih Ini. Kesian Sharifah Shahira, tak pasal-pasal rosak mood nak throwback cerita kahwin dorang.
‘Pedulikan la mereka dan keterputusan sel otak mereka’

Namun, peminat kepada pelakon ini tetap menyokongnya dan tidak putus-putus meminta Sharifah Shahira agar berfikiran positif dan tidak mempedulikan pengikut begitu. Apa-apa pun, admin doakan kebahagiaan rumahtangga Sharifah Shahira. Selamat ulang tahun perkahwinan!

Credit: Shieraijoy