KES DERA: WANITA DEDAH WAJAH IBU TIRI DAN BAPA KANDUNG AINA

SEORANG wanita mendedahkan wajah ibu tiri dan bapa kandung Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah, 9, yang yang meninggal dunia akibat didera pasangan itu.

Menurut Nurul Safinas Anuar, kedua-duanya memiliki rupa paras yang cantik malah tidak menunjukkan ciri-ciri seorang yang panas baran.

Ikuti perkongsian wanita berkenaan melalui Facebook di bawah:

“Saya selalu kena pukul, lama-lama saya boleh mati”

Cantik rupa ibu tiri dan ayah kandung dia. Rupa elok, manis, tutup sempurna, macam keluarga idaman. Soleh dan solehah. Tapi hakikatnya, hanya Tuhan yang tahu.

Malam tadi agak free, jadi saya scroll tentang berita Nur Aina. Ramai yang mengecam pihak sekolah, para jiran, ibu kandung mangsa dsb. Mungkin ada info yang mereka tak tahu. Jadi saya tulis di sini :

Guru Besar pernah panggil ayahnya ke sekolah berkenaan kesan lebam dan kecederaan Nur Aina yang agak jelas, tapi dimarahnya pula Guru Besar terbabit.

Saya text sendiri jiran sebelahnya, pada pendapat saya, cuma beberapa orang jiran sahaja yang pernah nampak lebam Nur Aina. Jiran tersebut ada inisiatif untuk bertanya, tapi arwah kata dia terjatuh.

Bapanya juga mengaku memang garang, tapi tak pernah sentuh anak-anaknya. Jiran juga mengaku selalu dengar suara ayahnya mengamuk dan memaki, tetapi tak ada suara menangis / merintih / minta tolong / menjerit dsb. Itu lah asbab kenapa tak ada seorang pun jiran yang ke depan.

Sebelum meninggal, Nur Aina sempat pergi mengaji bersama abang kandungnya di rumah depan (jiran), guru mengaji kata arwah agak pasif waktu itu. Guru mengaji juga bertanya tentang lebam arwah, katanya terjatuh juga.

8 bulan lepas, ibu kandung ada buat laporan polis tentang kecederaan Nur Aina, kes berpanjangan hingga ke mahkamah tapi kemudiannya dilepaskan atas dasar ‘ayah mendidik anak’. (Timbalan pendakwaraya mesti menyesal).

Sebelum kena gari, ibu tiri Nur Aina sempat mengirim whatsapp dalam group kelas / sekolah anak tirinya untuk inform yang Nur Aina meninggal sewaktu tidur. Ibu tiri juga pernah beritahu guru di sekolah yang arwah agak manja dengannya.

Wallahualam.. Ramai yang ambil berat dengan arwah, tapi mungkin kesungguhan tu kurang. Manusia mudah mengkritik, sedangkan tak kena pada diri sendiri. Daripada mengkritik dan mempersoalkan, lebih baik doa yang baik-baik. Al-fatihah untuk arwah adik Nur Aina Nabihah. Syurga lah tempat kamu.

Yang rajin menulis,
NSA

Sumber: Nurul Safinas Anuar

Terdahulu,

KES DERA: NUR AINA BUKAN SAHAJA DISEBAT DENGAN TALI PINGGANG TENTERA SAMPAI TERKENCING, MALAH TURUT DIPUKUL DAN DIPIJAK

BANGKU dan tali pinggang antara barang yang dipercayai digunakan suspek untuk memukul Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah, 9, sehingga meninggal dunia, semalam.

Barangan terbabit ditemui polis selepas suspek berusia 35 tahun dan isterinya, 34, yang juga ibu tiri mangsa dibawa ke kediaman mereka di Taman Vista Jaya, Lukut, Port Dickson, hari ini, untuk membantu siasatan kes pembunuhan mangsa.

Pasangan terbabit dibawa ke lokasi berkenaan sejurus polis mendapat perintah tahanan reman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Port Dickson, kira-kira 12 tengah hari.

Mereka yang memakai baju lokap jingga dengan tangan bergari dibawa anggota polis masuk ke dalam rumah itu secara berasingan bagi menunjukkan lokasi dan barangan yang digunakan untuk mendera mangsa.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, berdasarkan pengakuan awal, suspek mendakwa memukul mangsa menggunakan tali pinggang, pada malam kejadian.

“Suspek juga mengaku menendang dan memijak mangsa sehingga terkencing sebelum mangsa tidak sedarkan diri di dalam biliknya pada 11.30 malam. Suspek kemudian membawa mangsa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban dan disahkan meninggal dunia, sejam kemudian.

Sumber : oh trending

“Suspek turut membuat pengakuan pernah memukul mangsa menggunakan bangku plastik sebelum ini. Berikutan itu, polis merampas bangku itu yang sudah patah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Majistret Siti Khairiah Abdul Razak membenarkan suami isteri itu direman tujuh hari sehingga 8 Februari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.