Khunsa Lahirkan Anak Kembar Selepas Menghamili Diri Sendiri? Anda Pasti Terkejut Melihat Anaknya!

 

Khunsa adalah sejenis kecacatan genetik di mana seseorang itu memiliki dua alat kelamin. Walaupun demikian, biasanya salah satu alat kelamin sama ada jantan atau betina yang dimiliki tidak sempurna. Terdapat juga kes di mana kedua-dua alat kelamin tidak sempurna.

Tetapi bagi Jose Maria Garcia 19 tahun khunsa dari Filipina, pembentukan kedua-dua organ seks jantan dan betinanya sangat sempurna. Dia bukan saja memiliki saluran faraj dan rahim sama seperti wanita normal, malah memiliki alat kelamin jantan yang sempurna iaitu zakar dan testikel.

Kedua-dua alat kelaminnya menghasilkan ovum (telur wanita) dan sperma (dari testikel). Lebih mengejutkan dia telah mengandung dan berjaya melahirkan anak kembar (kedua-duanya khunsa) yang kononnya terhasil daripada persenyawaan dirinya sendiri.

Maknanya dialah ayah dan dialah ibu kepada kedua-dua anak kembar khunsanya. Bayi kembar ini dilahirkan di Hospital Beranak Amisola.

Jose Maria tidak menyangka yang dia mampu mengandung hasil ‘hubungan kelamin’ dengan diri sendiri.

Khunsa Lahirkan Anak Kembar Selepas Menghamili Diri Sendiri? Anda Pasti Terkejut Melihat Anaknya!

“Saya tidak pernah berasmara dengan mana-mana lelaki. Saya tidak tahu pun yang saya mampu menghamili diri sendiri. Walaupun begitu, cukuplah setakat ini saja. Anak-anak ini sangat cantik dan saya mahu berkongsi hidup dengan mereka,” ujarnya.

Tetapi persoalannya kalau benar dia menghamilkan diri sendiri, bagaimana prosesnya berlaku? Bagaimana alat kelamin lelaki dan wanitanya ‘bersatu’ sehingga membolehkan sperma ‘dialirkan’ ke dalam rahimnya?

Menurut Dr. Akira Hashimoto, ketidaknormalan kromosom ini sangat jarang terjadi. Dan kebanyakan pakar tidak percaya kehamilan seperti ini boleh berlaku, walaupun terdapat pembenihan seperti ini pernah dilaporkan dalam sejarah perubatan.

Kejadian pertama seperti ini direkodkan berlaku di Sepanyol pada tahun 1483. Juanita Franciscella atau dikenali sebagai “Wanita Berjanggut Castilla” mendakwa telah menghamili diri sendiri lalu melahirkan anak. Walau bagaimanapun, dia dianggap sesat oleh Pasitan Sepanyol. Akibatnya dia dan bayinya dibakar hidup-hidup.

Jadi apa pendapat kamu dalam hal ini? Percaya atau tidak?

 

Sumber:pakbelalang via halsemasa

Seterusnya..

“Saya Tak Boleh Lari, Sebab Memang Saya…” – Selepas Beberapa Hari Berkahwin Semula Dengan Bekas Isterinya, Respon Terbaru Adi Putra Buat Netizen Tergamam!.

Khunsa Lahirkan Anak Kembar Selepas Menghamili Diri Sendiri? Anda Pasti Terkejut Melihat Anaknya!

Masalah pergolakan rumahtangga yang melanda pelakon popular Datuk Adi Putra sebelum ini pernah menjadi isu kontroversi hangat apabila beliau telah berkahwin lain. Namun jodoh antara mereka tidak panjang, Mac tahun lalu Datuk Adi Putra mengambil keputusan untuk menceraikan kedua-dua isterinya.

Ramai yang terkejut dengan berita tersebut dan mendoakan yang terbaik buat mereka. Terbaru, Adi Putra melalui instagram telah mengesahkan beliau nikah semula dengan isteri pertama, Aida Yusof.

Berita gembira ini pada mulanya telah dikongsi rakan baik mereka, Datuk Nurulhidayah yang kini berada di Madinah untuk mengerjakan Umrah. Beliau telah memuatnaik sekeping gambar menunjukkan Adi Putra sedang menyarung cincin di jari isterinya.

Khunsa Lahirkan Anak Kembar Selepas Menghamili Diri Sendiri? Anda Pasti Terkejut Melihat Anaknya!

Semalam, Datuk Adi Putra telah mengesahkan pernikahan semula bersama bekas isterinya, Aida Yusof. Berita itu menjadi perhatian netizen yang rata-ratanya turut tumpang gembira dan mendoakan kebahagiaan mereka berdua.

Menerusi Kosmo Online, Adi Putra turut mengaku beliau masih ada perasaan sayang walaupun sudah berpisah. Kita doakan yang terbaik buat kedua pasangan ini. Semoga kekal ke syurga. Inn sha Allah.

Saya masih sayangkan dia dan sepanjang masa berpisah, kami tidak pernah bergaduh atau berbalah.

Setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmah dan pengajarannya. Alhamdulillah Allah telah membuktikan bahawa jodoh kami berdua sudah tertulis untuk sentiasa bersama.

Khunsa Lahirkan Anak Kembar Selepas Menghamili Diri Sendiri? Anda Pasti Terkejut Melihat Anaknya!

Menurutnya, tempoh bercerai selama sembilan bulan ternyata tidak dapat memadamkan kasih sayang kepada isterinya itu. Dalam pada itu, bagi Aida pula, pintu hatinya tidak pernah menyimpan sebarang dendam buat Adi biarpun telah melalui pelbagai dugaan sehingga bercerai sebentar tahun lalu

Bernikah semula dengan Adi bukan soal memberi peluang kedua namun lebih kepada apa yang terbaik untuk kami.

Hubungan kami berdua sentiasa baik dan tidak terjejas meskipun dalam waktu tidak bergelar suami isteri. Saya rasa itu ialah antara petunjuk dari Allah bahawa kami jodoh antara kami masih kuat.

Menurut isterinya, hubungan dia bersama Adi Putra sentiasa baik meskipun sudah berpisah. Adi dan Aida berkahwin buat kali pertama pada 14 April 2006 namun tidak dikurniakan cahaya mata dan telah mengambil seorang anak angkat, Zara Adelia yang kini berusia enam tahun.

Khunsa Lahirkan Anak Kembar Selepas Menghamili Diri Sendiri? Anda Pasti Terkejut Melihat Anaknya!

Khunsa Lahirkan Anak Kembar Selepas Menghamili Diri Sendiri? Anda Pasti Terkejut Melihat Anaknya!

Pada 11 Mei 2012, Adi pernah membuat permohonan cerai dengan Aida kerana didakwa sudah tiada persefahaman antara mereka. Ketika itu, Adi pernah memberitahu media bahawa dia dan isterinya telah mengambil keputusan untuk berpisah secara baik selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka gagal.

Permulaan 2018, menyaksikan pasangan ini bersatu semula selepas berkat doa dari semua. Kami dari Oh!Bulan mendoakan yang baik baik buat kedua pasangan ini.
Dalam respon terbaru beliau :
“Kalau dah jodoh tidak ke mana,” demikian kata Datuk Adi Putra yang kembali menjadi suami kepada bekas isteri, Zuraidah Yusof atau lebih dikenali sebagai Aida selepas sembilan bulan bercerai.

Difahamkan, perkahwinan pasangan ini berlangsung di sebuah lokasi di Kuala Lumpur pada 18 Januari lalu.

Adi yang ditemui pada Malam Gala filem ‘Makrifat Cinta’ di IDRKL Mall, Shah Alam kelmarin itu berkata jodohnya sudah tertulis dengan Aida.

“Kalau dah tertulis memang saya milik dia dan dia milik saya, memang kita tidak boleh lari (dari ketentuan Allah). Meskipun berpisah sebelum ini namun hubungan kami baik dan tiada sebarang masalah,” ujarnya.

Khunsa Lahirkan Anak Kembar Selepas Menghamili Diri Sendiri? Anda Pasti Terkejut Melihat Anaknya!

Menurut Adi lagi, banyak pengajaran yang diperolehinya menerusi ujian dan dugaan dalam perkahwinannya.

“Banyak pengajaran boleh diambil iktibar, kalau kita tidak melalui ujian mungkin kita tidak akan menimba ilmu,” tuturnya.

Sementara itu, Aida mengulas mereka ingin membuka buku baharu dan bersedia melalui kehidupan sebagai suami dan isteri buat kali kedua.

“Kita doakan yang baik-baik sahaja. Perkara yang dah lepas, kita biarkan berlalu pergi. Selepas ini kami nak bina hidup baharu,” katanya.

Khunsa Lahirkan Anak Kembar Selepas Menghamili Diri Sendiri? Anda Pasti Terkejut Melihat Anaknya!

Adi menerusi laman Instagramnya sebelum ini telah memuatnaik gambar perkahwinan kali kedua mereka.

Untuk rekod, Adi dan Aida bernikah kali pertama pada 14 April 2006. Pasangan itu kemudian mengambil anak angkat, Zara Adelia yang kini sudah berusia enam tahun.

Adi mencetuskan kontroversi apabila berkahwin dengan seorang penjawat awam, Norshahida Dzolkifly, 34, pada 20 Jun 2016.

Sumber : Myartis via halsemasa