Majlis Kahwin Kecoh Bapa Mertua Ghairah Tengok Menantu Mabuk. Apa Yang Dilakukan Bapa Mertua Itu Amat Mengejutkan!

SEBUAH majlis perkahwinan bertukar kecoh apabila keluarga kedua-dua belah pihak bergaduh sesama sendiri setelah pengantin perempuan dicium oleh bapa mertuanya.

Dalam kejadian yang berlaku di bandar Yancheng, wilayah Jiangsu, China, wanita itu dicium oleh bapa mertuanya di hadapan ratusan tetamu yang hadir ke majlis tersebut.

Menerusi rakaman video yang tersebar, dia kelihatan malu dan tidak selesa dengan tindakan bapa mertuanya yang bertindak memeluk serta mencium bibirnya dengan penuh ghairah.

Perbuatan itu menimbulkan kemarahan keluarga pengantin perempuan yang berlari ke pentas untuk menyerang lelaki terbabit.

Kekecohan bertambah teruk apabila ahli keluarga pengantin lelaki dan perempuan mula berbalah sesama sendiri.

Malah, dewan perkahwinan itu kecoh dengan suara jeritan dan tangisan.

Video berkenaan tular di laman sosial sehingga pihak keluarga pengantin terpaksa membuat kenyataan bagi menjelaskan perkara sebenar.

“Kami tidak sangka ia akan menjadi seteruk ini. Keluarga pengantin lelaki dan perempuan kini berasa sangat janggal setelah insiden itu berlaku.

“Sebenarnya lelaki itu (bapa mertua) minum terlalu banyak dan mabuk sehingga dia bertindak sedemikian.

“Tolong hentikan penyebaran video, kami tidak mahu jadi popular. Cuba bayangkan kalau perkara ini berlaku pada keluarga anda,” ujar wakil keluarga itu. -Mirror

 

MENGEJUTKAN. Seorang bapa yang mabuk telah mencium menantu perempuannya dekat bibir secara paksa di depan tetamu pada majlis perkahwinan anak lelakinya. Keadaan itu telah mengejutkan semua orang.
Kejadian itu berlaku di Wuzhou International Plaza di Yancheng, China pada 22 Februari lalu. Ia menjadi kecoh selepas video berkenaan dimuat naik ke dalam media sosial beberapa hari lepas.

Dalam video selama 8 saat itu, lelaki berkenaan telah menghampiri menantunya di atas pentas sebelum menarik wanita itu dan mencium bibirnya. Ia menyebabkan anak lelakinya serta tetamu lain terkejut.

Insiden memalukan ini telah memaksa keluarga lelaki itu memberikan penjelasan mengenai kejadian sebenar selepas banyak khabar angin disebarkan menerusi media sosial.

Mereka juga meminta supaya khabar angin itu dihentikan segera.

Antara khabar angin yang tersebar ialah anak lelakinya dikatakan telah membelasah bapanya dan ada juga yang memaklumkan bahawa lelaki itu membunuh diri selepas insiden tersebut.

Bukan itu sahaja, terdapat laporan bahawa keluarga dua-dua pengantin telah bergaduh hinggakan terdapat klip video satu pergaduhan yang tiada kaitan itu majlis perkahwinan tersebut telah disebarkan.

Polis yang menyiasat kejadian itu menjelaskan bahawa video pergaduhan itu sebenarnya berlaku pada satu majlis perkahwinan lain di Jiangsu. –MYNEWSHUB.CC

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2018/02/28/bapa-mertua-ghairah-tengok-menantu/#xithy1sT4dJmW4Vx.99