Muat Naik Foto Tidak Berbaju Di Twitter, Individu Ini Gesa Alicia Amin ‘Digam’ & Ini Responnya

Dikenali sebagai seorang model peragaan antarabangsa dan juga peserta Asia’s Next Top Model musim ke-5, Alicia Amin diakui semakin menerpa nama di Malaysia. Sebelum ini, dia pernah muncul dalam sebuah drama terbitan TV3.

Namanya menjadi lebih hangat apabila model kacukan Melayu-Jerman ini semakin berani memuat naik gambar tidak berbaju di laman sosial.

Tidak selesa melihat foto tersebut, seorang individu di Twitter meminta stesen televisyen, media dan JAKIM ‘gam’ Alicia Amin dari muncul di mana-mana rancangan TV. Dan ini respon Alicia.
Muat naik gambar tidak berbaju di laman twitter

 

Menerusi Twitter, Alicia Amin dilihat memuat naik empat keping gambar sedang menikmati keindahan sebuah pantai di Terengganu. Dua daripada empat gambar Alicia tidak berbaju.
Individu ini mahu Alicia Ami digam dari TV & media

Individu ini menggesa stesen TV tempatan termasuk JAKIM gam pelakon dan model ini daripada muncul di mana-mana program televisyen atau media. Individu ini mendakwa Alicia Amin seolah-olah berbangga dengan gambar yang dimuat naiknya di laman sosial dan ditonton umum.
Respon Alicia

Bertindak tidak berdiam diri, Alicia Amin menjawab Tanjong Jara adalah ‘private property’ termasuklah pantainya. Namun dibangkang kembali individu ini menjelaskan apa yang salah disini adalah mempamerkan gambar tersebut kepada awam.

Sumber : twitter