Nabila Huda Kongsi Perasaan Sedih Bila Suami Tak Suka,Alahai Siannya Dia

Nabila Huda di kenali ramai rakan-rakan dan keluarga sebagai seorang wanita yang memang sangat pandai masak. Yes,memang betul tu. Kalau bab masak sama ada masakan kampung atau barat, Nabila Huda nie sangatlah bagus dan di puji keluarga dan teman-teman. Kini, bila dah ada suami, dia semakin rancak memasak buat suami dan anak.

Namun menurut Nabila,suaminya ini ada satu sikap yang membuatkan hati dia merundum hiba bila memasak. Mungkin ada ramai di kalangan isteri di luar sana yang punya perasaan macam Nabila Huda ini.

Kata Nabila, dia sangat terer dalam memasak ayam masak lemak. Namun setelah dia memasak juadah buat suami, kata Nabila suaminya seorang yang sangat jujur. Komen suaminya, masakan dia OK namun tidak sesedap masakan ibunya dan dia telah makan juadah itu dengan cili sos. Nabila pula sejenis yang pantang kalau orang campur kicap atau cili sos untuk mana-mana masakannya,kerana baginya itu tandanya masakannya tidak sedap.

Dek kerana terkilan suami menunjukkan reaksi bahawa masakannya tidak sedap,Nabila merasa sangat sedih. Namun dia pun berusaha untuk telefon ibu mertuanya untuk bertanya cara dia memasak. Katanya,semua bahan sama,tetapi cara masak tidak sama. Nabila pun berusaha lagi untuk masak menu yang sama menggunakan cara yang di ajar mertuanya.

Reaksi sang suami lepas makan menu tersebut memang lawak. Sian ko Abil,tapi min respect sebab dia seorang wife yang kuat berusaha untuk sediakan menu masakan terbaik buat suami.

https://www.instagram.com/p/BfLe5OUnyR7/

https://www.instagram.com/p/BfM_HiunPNd/

 

 

Kredit: Kisah Dunia via ceriteradunia.org