Pandainya Aaisyah! – Gelagat anak dara Che Ta solat pakai tudung tarik perhatian netizen

SELEBRITI Pandainya Aaisyah! – Gelagat anak dara Che Ta solat pakai tudung tarik perhatian netizen

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan pasangan selebriti Zain Saidin dan isterinya, Che Ta pastinya tahu yang sekarang ini, kedua-dua mereka sedang berada di tanah suci mengerjakan ibadat umrah.

Tidak seperti kebiasaan, mereka kali ini berangkat berdua tanpa ditemani oleh anak-anak mereka dan anak bongsu Che Ta, Aaisyah telah ditinggalkan kepada kakak iparnya, Sasha sepanjang ketiadaan mereka.

Shaha di laman Instagramnya telah berkongsi aksi-aksi anak saudaranya yang semakin celoteh dan banyak bercakap. Comel je kan?

Di antara perkongsian Shasha yang menarik perhatian netizen adalah gambar beliau yang sedang bersolat sambil ditemani oleh anak buahnya itu.

Semangat nak solat
Aaisyah every time I am about to sholat dia mesti nak sholat jugak and she will put out her own sejadah excitedly;

Belum ada telekung lagi
often she will pinjam #AdamArya’s like she mentioned in our previous conversation, but I keep forgetting to look for a little girls telekung for her when she comes to Nanna’s cause instead of her own telekung she ends up using one of Nanna’s tudung which almost works. Almost. Lol.

Perkongsian Shasha itu kemudiannya telah mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya tidak boleh move-on setelah melihat kecomelan Aaisyah memakai tudung itu.

Baguslah Shasha ajar anak buah anda macam itu. Bak kata pepatah, melentur buluh, biar dari rebungnya. Semoga adik Aaisyah perlahan-lahan dapat belajar ilmu agama selepas ini.