Pekerja Bangladesh Menangis Ibunya Meninggal Dunia & Bila Lelaki Ini Ingin Berikan Wang, Ini Jawapannya..

Seorang lelaki bernama Amirul berkongsi mengenai kisahnya dengan pekerja dari Bangladesh, dimana dia dilihat menangis sambil menatap telefon bimbitnya. Pada mulanya Amirul tidak mahu bertanyakan mengapa lelaki dari Bangladesh itu menangis, Amirul hanya memberikan satu batang rokok untuknya.

Tidak lama kemudian, baru lah tahu Amirul tahu mengapa lelaki itu sedih.

Menangis sambil menatap telefon bimbit, rupa-rupanya

Perkongsian dari Amirul ini telah mendapat sebanyak 22k Retweet di Twitter. Ramai yang bersimpati dengan nasib pekerja dari Bangladesh itu.

Selepas menawarkan rokok, Amirul bertanya kepada lelaki itu mengapa dia menangis. Namun, lelaki itu berkata bahawa dia dalam keadaan baik sahaja. Tidak lama kemudian, lelaki itu menunjukkan satu foto di dalam telefon bimbitnya. Iaitu foto ibunya.

Lelaki itu berkata ibunya sudah meninggal dunia dan dia menangis bukan kerana itu sahaja, tetapi kerana dia datang ke Malaysia tanpa kerelaan ibunya. Sebabnya adalah dia ingin membantu keluarganya yang ada di Bangladesh. Dia berdegil kerana dia tahu bahawa jumlah gaji di Bangladesh jauh lebih rendah nak dibandingkan di Malaysia.

Jumlah gaji lelaki itu hanya RM950 dan dia akan bagi RM500 kepada keluarganya setiap bulan.
‘Ingat, mereka juga manusia punyai hati dan perasaan’

Amirul bertanya adakah lelaki itu akan pulang ke Bangladesh? Dia menangis dan jawab tidak. Selepas itu, Amirul ingin memberikan sedikit wang untuk tambah nilai telefon bimbitnya. Namun lelaki itu menolak dan meminta Amirul bersedekah wang itu kepada masjid.

Sumber: Twitter via oh bulan power