RAMAI “PELIK” MELIHAT KELIBAT PADERI INI SANGGUP TUNGGU JENAZAH LELAKI ISLAM INI DARI SOLAT JENAZAH SEHINGGA PENGEBUMIAN. APABILA DITANYA KENAPA, ALANGKAH TERKEJUTNYA RUPA2NYA JENAZAH SEORANG YANG…

Rakan baik Kassim Ahmad iaitu Tan Sri Murphy Pakiam, yang bekas archbishop Kuala Lumpur mengunjungi masjid selepas kematian cendekiawan itu tempoh hari, di Masjid Al-Huda.

Pemimpin komuniti Kristian itu pernah berjiran dengan Kassim di Bukit Gelugor, Pulau Pinang pada 1960-an, dan sangat rapat dengan keluarga cendekiawan itu.

Beliau tampil memakai pakaian rasmi paderi untuk melihat upacara solat jenazah sebelum pengebumian Kassim.

Kemudian, Pakiam menunggu jemaah menjalani solat maghrib dan duduk bersama mereka dalam sesi bacaan Al-Fatihah untuk Kassim.

Beliau kemudian menemani waris menyaksikan pengebumian Kassim di perkuburan yang terletak di belakang masjid.

Pakiam ketika ditemui pemberita berkata keluarganya mempunyai sejarah yang panjang dengan keluarga Kassim semasa beliau menjadi seorang pensyarah dan kemudian rektor di Seminari Tinggi Katolik di Pulau Tikus.

“Rumah kami bersebelahan dengan rumah Kassim di Jalan Bunga Raya. Saya dan adik saya, Betty, sangat rapat dengan beliau dan keluarganya,” kata Pakiam.

Di matanya, Kassim seorang ahli akademi yang sangat berterus-terang dan berani menyuarakan buah fikiran sendiri.

“Kassim sangat memahami Al-Quran, dan sebagai seorang sosialis, beliau menafsirkan Al-Quran dalam kerangka sosialis.

“Beliau juga seseorang yang merasakan wajib berkhidmat kepada rakyat. Saya meratapi pemergian beliau bersama ahli keluarganya, dan saya harap beliau aman di sana,” kata Pakiam.

 

Sumber:http://viralism.org/apa-yang-dilakukan-oleh-seorang-paderi-di-dalam-masjid-selepas-kematian-rakan-baiknya-mengejutkan-semua-orang-ketika-itu/

Via eraviral

baca lagi artikel menarik dibawah ini

AYAH SAYA DAH MURTAD! “MASUK KRISTIAN JANGAN CARI SAYA LAGI”. HANCUR LULUH HATI BAPA ANAK GADIS MENGAKU MURTAD. BAPA RAYU ANAK PULANG KE PANGKAL JALAN

Pernah dengar cerita Aisyah Bokhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar
banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi
kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup
sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut boyfriend.

Cerita mengenai isu murtad yang dibawa di sini memang agak panjang tetapi
sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita
yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua
serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang
paling besar ini.

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya
dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah
Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman
kepada kita.Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan
perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari
Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.

Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk
Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya
sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja.Tahun 1998 saja, 516
orang sudah murtadAisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah
beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu. setakat kes
Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli
Nordin.

Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang
tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat
rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak
nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kitasendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.

1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad

2.bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan
pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di
masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah. Aisyah adalah
gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. dalam
keadaan macam tu, dia takkan murtad.

Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh
melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke
peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak. Dia dibesarkan dalam
suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun
imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat
apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua
dia tahu.

Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal. Masuk ITM dia terlibat
dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu
kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi kemahiran, dia budak perempuan
Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga.Takde
apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun
macam itu juga keterampilannya.Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu
terkini. 2 tahun di KL begitu.

Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997, Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama
manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.

Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh
murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia.
Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang
dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk
permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk
dimurtadkan.

Butir asal permohonan Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong
seorang peguam CinaKristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun
acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan
secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa
didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan
Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. tiada
langsung soal kahwin timbul.

Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah. Sebab yang dia beri, Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh NurAisyah untuk memberi
nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian
dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah
menolak dan meninggalkan agama Islam.

Perenggan 23: Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedangdikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama
pilihannya iaitu Kristian Khatolik.

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan
Persekutuanmenyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup
umur (18tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan kita
yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga
yang menjerut kita sendiri.

Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? bila berlaku
pertembungan antara hukum syarak dengan undang-undang sivil, undang-undang syara ‘akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara
rasmihendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan,
rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu.

Bab kehidupan, politik, ekonomi. semua tak termasuk. Article 4 pula
menyatakan: Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah
dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. ini termasuklah
hukum syara ‘.

Sumber – GEMPAK.ORG