Sajat Akui Dah Dedahkan Identiti Sebenar Kepada Jakim

Semalam media melaporkan prosedur Jakim bagi mengesahkan jantina Sajat tergendala apabila usahawan itu dikatakan menghalang kerja-kerja itu. Pendedahan yang sepatutnya mengambil masa sebulan mungkin memerlukan masa yang lebih lama kerana halangan itu, menurut pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Dr Mohd Izwan Md Yusof.

Sajat pula mempunyai cerita versinya sendiri berkenaan hal itu. Adakah dakwaan pihak Jakim benar? Kenapa pihak Sajat menghalang setelah memberi kerjasama yang baik sebelum ini?
Dah dedahkan kepada Jakim

Menurut Sajat, dia sudah mendedahkan dirinya yang sebenar kepada pihak Jakim ketika pertemuan mereka awal tahun ini. Dalam pertemuan itu, ibu bapanya turut menyertai sesi yang diadakan pada 16 Januari lalu di Wisma Sajat, Shah Alam.

Saya dah dedahkan mengenai identiti sebenar saya kepada Dr Izwan dalam pertemuan terdahulu.

Ibu bapa saya juga telah memberi keterangan mengenai identiti saya kepada dia.

Namun, dia tidak mengulas lanjut mengenai ‘identiti’ yang telah didedahkan kepada pihak jabatan agama itu.
Ambil tindakan penulis blog

Selain itu, Sajat juga meminta mana-mana pihak termasuk Jakim supaya mengambil tindakan ke atas seorang penulis blog yang mengganggu kehidupannya dan anak-anak. Tambahnya lagi, individu berkenaan sering mengeluarkan serangan berbentuk peribadi ke atas dirinya.

Minta Jakim atau mana-mana badan panggil dan siasat dia sebab telah mengganggu hak asasi kemanusiaan saya dan anak-anak (angkat), serta melakukan provokasi secara terbuka untuk mengaibkan saya.

Tambahnya lagi, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada penulis blog berkenaan jika serangan tetap diteruskan ke atas dirinya.

 

Sebelum itu, Setelah Sebulan, Identiti Sebenar Sajat Belum Didedahkan, Jakim Dakwa ‘Dihalang’

Januari lalu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membuat pertemuan dengan Sajat bagi menjelaskan kekeliruan orang ramai mengenai hal jantina personaliti media sosial itu. Menurut badan itu, mereka memerlukan sebulan untuk mengesahkan jantina sebenar Sajat.

Namun setelah sebulan seakan tiada jawapan yang diuar-uarkan kepada orang awam mengenai hal itu. Jakim khabarnya ada membuat kenyataan kenapa hal itu terjadi.
Ada ‘halangan’ meneruskan prosedur

Pihak Jakim mendakwa mereka mendapat halangan untuk meneruskan prosedur dan mungkin memerlukan masa yang lebih lama bagi tujuan pengesahan seperti yang dinanti-nantikan semua.

Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti Jakim, Dr Mohd Izwan Md Yusof mengatakan prosedur itu ‘dihalang’ oleh orang ketiga di pihak Sajat.

Ada gangguan daripada pihak ketiga buat masa sekarang ini.

Tetap komited sahkan

Walaupun berdepan halangan, Dr Mohd Izwan tetap komited untuk meneruskan prosedur bagi mengesahkan siapa Sajat sebenar sekaligus menjelaskan segala kekeliruan masyarakat.

Kita akan cuba selagi upaya untuk memujuk Sajat meneruskan proses-proses itu. Kita berharap agar dapat diteruskan apa yang telah dipersetujui dalam pertemuan dulu.

Menurut Dr Mohd Izwan lagi, isu itu timbul apabila pihak Sajat enggan memberi kerjasama kepada pegawai terlibat dalam kes itu.
Nafi dakwaan sudah sahkan

Dalam pada itu, beliau juga menafikan dakwaan seorang penulis blog yang membuat Facebook live dan mendakwa Jakim sudah mengesahkan jantina Sajat.

Ia hanya sebahagian perbualan daripada pegawai wanita di Jakim. Tentang pengesahan jantina hanya boleh dibuat oleh doktor pakar yang bertauliah sahaja.

Sumber: mStar

Sumber: Mstar

Via : oh bulan