‘Selamat Ulang Tahun Kelahiran Suamimu, Eh Macam Suamiku’ – Ucapan Isteri Ustaz Azhar Buat Netizen Geli Hati

Siapa tidak kenal pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus yang mempunyai cara tersendiri ketika memberi ceramah. Gayanya yang bersahaja dan lucu dalam bahasa pekat Terengganu menarik minat ribuan penonton termasuklah anak muda.

Semalam merupakan ulang tahun kelahiran bagi Ustaz Azhar namun apa yang menarik perhatian netizen adalah ucapan isterinya di instagram. Isteri-isteri Ustaz Azhar saling berbalas komen lucu membuatkan netizen geli hati.

Selamat ulang tahun kelahiran buat Suamiku ❤️

A post shared by Izy Amin (@izyyyamin) on

Selamat ulang tahun kelahiran buat suamiku

Pada awalnya salah seorang isteri Ustaz Azhar telah memuatnaik sekeping gambar dengan kapsyen ‘Selamat Ulang Tahun Kelahiran Buat Suamiku’ lalu mendapat respon daripada pengikutnya termasuklah isteri Ustaz Azhar, Ummi Rogayah. Yang membuatkan netizen geli hati adalah apabila Ummi mengusik dengan mengatakan hari ini merupakan hari jadi suaminya juga.
Netizen geli hati

Wah sweetnya mereka berdua ini. Selamat ulang tahun kelahiran kami ucapkan buat Ustaz Azhar Idrus!

Sumber : Instagram Izy Amin

 

Untuk makluman, siapa yang tidak mengenali isteri ustaz, boleh rujuk di bawah.


 
Untuk makluman korang semua, kedua-dua isteri UIA memakai niqab (rujuk gambar di atas) . Isteri pertama bernama Rogayah Binti sulong (gambar sebelah kiri) berumur 42 tahun. Manakala isteri kedua bernama Wan Halimatun Nisa’ Binti Wan Mohd Nor (gambar sebelah kanan) berusia 26 tahun.

Ustaz Azhar Idrus mempunyai 6 orang anak dengan isterinya yang pertama, manakala seorang anak dengan isteri yang kedua. Untuk makluman korang juga, Ustaz azhar Idrus bakal menimbang cahaya mata yang ke-8 ( kiranya anak yang kedua dengan isterinya yang no.2. ) pada penghujung bulan ogos nanti. Sumber : https://scaniaz.blogspot.my/2012/05/jom-mengenali-isteri-isteri-ustaz-azhar.html?m=1

Untuk isteri ke tiga UAI, inilah Biodata Izyan  isteri ketiga Ustaz Azhar Idrus (UAI). Untuk makluman anda, UAI telah sahkan bahawa perkahwinan beliau dengan Izyan adalah benar dan tepat seperti yang dihebohkan di blog dan laman sosial. Untuk kali ni, Ustaz azhar idrus telah nikah dengan gadis muda yang baru sahaja berusia 27 tahun. Boleh dikatakan isteri paling muda UAI. Tahniah diucapkan atas pernikahan kali ni.

Gambar perkahwinan Ustaz Azhar Idrus dan isteri ketiga

Biodata Isteri Ketiga Ustaz Azhar Idrus

Nama : Izyan
Umur : 27 tahun
Status: Isteri Ketiga Ustaz Azhar Idrus
Tarikh Nikah: 26 Mei 2013
Asal : Bandar Pagoh, Muar, Johor
Tempat Menetap : Keramat Permai AU1, Hulu Klang, Gombak.
Lain-Lain : Anak saudara kepada Tuan Hj. Omar bin Taha

isteri ketiga ustaz azhar idrus

Sumber: Biodata Dan Siapakah Isteri Ketiga Ustaz Azhar Idrus | melvister.com