Selepas Pelakon, Kini Giliran Pengarah Pula Respon Terhadap Filem Badang Sehingga Boleh Membuatkan Dato Alif Syukri Lap Air Mata…

Tentu anda semua tahu baru-baru ini Datuk Aliff Syukri ada memuat naik video meluahkan rasa marah serta kecewa,  kerana filem Badang dan lakonannya dikritik hebat oleh netizen. Aliff bukan sahaja tidak dapat mengawal kemarahannya sehingga keluar beberapa perkataan mencarut, tetapi  beliau juga merayu kepada rakyat Malaysia untuk menghargai bakat lakonannya.

Nampaknya kontroversi mengenai lakonan Aliff bukan sahaja diperkatakan oleh penggemar filem tempatan tetapi oleh pengarah popular Shahrulezad Mohameddin yang sebelum ini menerbitkan beberapa drama hits.

 

Menurut Shahrulezad, Aliff tidak layak untuk bergelar pelakon sekiranya beliau kuat sentap dan tidak boleh menerima sebarang kritikan. Lebih baik beliau fokus kepada perniagaannya sahaja.

Perkara itu disokong oleh artis-artis senior seperti Amyza Aznan dan Arash Mohd. Menurut Amyza, beliau meluat melihat orang yang berduit menggunakan industri seni sebagai platform untuk melebarkan sayap perniagaan dan mencemarkan industri hiburan tempatan kerana mereka tiada bakat untuk berlakon.

Beberapa netizen juga turut bersuara mengenai isu ini dan berpendapat Aliff tidak harus terjun ke bidang lakonan dan sering meraih publisiti murahan.

Penonton di Malaysia kini sudah lebih cerdik dan tentunya mahu sesorang yang mempunyai bakat serta kualiti dalam lakonan mereka. Bukan bermaksud tidak mahu beri peluang, tetapi bukan semua orang boleh jadi pelakon. Apa pula pendapat anda?

Sumber Berita : Facebook Shahrulezad Mohameddin