Seorang Pemilik Drone Merakamkan Detik Cemas Bila Sekumpulan Jerung Menghampiri Seorang Budak Yang Sedang Berenang. Apa Yang Berlaku Selepas Itu Amat Mengejutkan!


Haiwan pemangsa seperti ikan jerung merupakan sebahagian daripada hidupan akuatik yang berada dimana-mana kawasan laut, dan kebanyakan perenang serta pelayar sudah maklum dengan bahaya yang menanti dan sentiasa berhati-hati kerana apa-apa sahaja boleh bersembuyi dibawah lautan dalam yang berombak itu.

Lain pula ceritanya bagi seorang kanak-kanak lelaki yang sedang berenang diperairan tenang pantai Bahamas sebelum munculnya 4 ekor jerung mendekati laju kanak-kanak terbabit.  Namun, nyawa kanak-kanak itu terselamat apabila seorang pelancong, Artem Tkachenko yang sedang melancarkan drone miliknya keudara untuk mendapatkan sinematografik cantik biru air laut yang jelas daripada pandangan atas drone terkejut apabila ia merakamkan sekumpulan ikan jerung kecil berenang ke arah kaki air.

Melalui rakaman drone miliknya, ia menunjukkan sebaik sahaja kanak-kanak lelaki tersebut melompat ke dalam air, lantas kumpulan jerung itu terus menerpa kearahnya.  Pantas, Tkachenko bertindak dengan menjerit memanggil budak lelaki berkenaan untuk keluar daripada situ sebelum sempat jerung-jerung itu sampai kepadanya.

“Syukurlah dia mendengar jeritan saya.”

Dari pantai pasti anda tidak akan perasan bayang jerung terbabit kerana ia berada dekat dengan pasir laut.  Ini bukanlah kali pertama berlaku apabila baru-baru ini juga seorang wanita telah diserang oleh ikan jerung dilengannya ketika sedang terapung usai menjalankan aktiviti snorkeling.

Kanak-kanak tersebut bernasib baik tidak menjadi makanan jerung pada hari itu.  Setiap tahun pasti akan ada tragedi yang melibatkan ikan jerung ini dan ianya menunggu sesiapa sahaja untuk dijadikan santapan lazat mereka.

Siakapkeli.my

Sumber: NTDTV