Setelah Lama Berdiam Diri, Akhirnya Dato ALIFF SYUKRI TAMPIL BIDAS AMYZA AZNAN

“Saya tidak pernah pula mengeluarkan kenyataan apabila ada artis menceburi bidang kosmetik. Saya seorang yang profesional dan boleh bekerjasama dengan ramai selebriti antaranya Rozita Che Wan, Wak Doyok dan Fasha Sandha dalam bidang yang sama.

“Tidak pernah pula saya merasakan mereka menganggu periuk nasi saya! Saya percaya rezeki Allah itu luas,” tutur jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, 31, yang membidas kenyataan pelakon Amyza Aznan yang mendakwa dia menganggu periuk nasi pelakon profesional hanya kerana dia menjadi membintangi filem ‘Badang’.

Aliff Syukri berkata dia tidak pernah berasa tercabar apabila ada golongan artis menjadi usahawan kosmetik yang turut diusahakannya.

Amyza melahirkan rasa kurang senang apabila Aliff Syukri menceburi bidang lakonan, cukuplah dia menjadi usahawan koemstik.

Klik untuk gambar besar

Usahawan itu diminta mengulas kenyataan Amyza dalam satu ruangan komen di Facebook pengarah Shahrulezad Mohameddin agar Aliff Syukri tidak menggunakan bidang seni sebagai platform untuk memperluaskan empayar perniagaan kosmetiknya.

Kata Amyza, usahawan berkenaan tidak layak bergelar pelakon atau penyanyi kerana tidak mempunyai bakat seni tersebut.

Dalam pada itu, Aliff Syukri mengambil contoh, artis berkenaan boleh membuat tuduhan dia menganggu periuk nasi mereka seandainya dia membayar pihak produksi agar menggugurkan nama mereka agar memberi laluan kepadanya berlakon.

“Hakikatnya tidak begitu, mereka (pihak produksi) datang menawarkan saya watak utama biarpun saya sudah menjelaskan saya tidak mahir berlakon tambahan lagi untuk membawa watak seorang hero.

“Lakonan saya dalam satu episod drama Misteri Jenazah ia mendapat ‘rating’ tertinggi dalam keseluruhan drama tersebut. Ini membuktikan saya mempunyai bakat,” ujarnya.

Tambah Aliff, jika ada artis yang memanggil dia sampah dan mahu menutup periuk nasi mereka, dia enggan membalas komen berkenaan.

Namun dia percaya jika seseorang itu berlakon puluhan tahun sekali pun tetapi tidak diterima masyarakat, ia bukan rezeki mereka.

‘Badang’ arahan Profesor Datuk Dr A Razak Mohaideen itu turut menampilkan Fasha Sandha, Fauzi Nawawi, Azhari Zain, Aminah Rhapor dan Fareez Fauzi. Ia ditayangkan di pawagam tempatan sejak 15 Februari lalu.

www.myartis.com / Sumber: mStar