Siapa Helena Di Hati Hael Hussaini? Ini Rupanya Helena Yang Hael Panggil2 Malam Tadi Di Pentas AJL32!! Comel Sungguh!!

Sejak kebelakangan ini, nama Helena mula melatari beberapa gambar yang dimuat naik oleh pelantun Jampi ini di laman Instagramnya.

Sehingga ada peminat yang kecewa kerana menyangkakan Hael Hussaini sudah pun mendirikan rumah tangga dan bergelar bapa.

Bagaimanapun Hael yang ditemui baru-baru ini menjelaskan, Helena adalah anak angkat yang diambil dari sebuah keluarga bulan lalu.

“Alhamdulillah saya anggap ini rezeki berganda yang ALLAH SWT kurniakan kepada saya selepas lagu Jampi diterima ramai.

“Bagaimanapun buat masa ini saya belum boleh berkongsi lanjut mengenai anak ini kerana ia masih lagi dalam proses dokumentasi.

“Tapi bila semuanya dah selesai, saya akan kongsikan lebih lanjut mengenainya,” katanya.

Tambah Hael, 30, kehidupannya kini berubah 360 darjah dan dia harus membahagi masa terhadap anak dan kerjayanya itu.

“Helena masih kecil dan masih perlukan perhatian. Tidak dinafikan hidup saya memang berubah secara total.

“Namun saya bernasib baik kerana keluarga juga banyak membantu menjaganya, lebih-lebih lagi ketika saya keluar bekerja,” katanya.

Ditanya mengenai persiapan rayanya, lebih-lebih lagi dengan kehadiran si kecil, Hael atau nama sebenarnya Hal Husaini Razmi berkata, dia hanya membuat persiapan secara sederhana sahaja.

“Bila pergi membeli-belah memang geram tengok macam-macam baju, tapi sebabkan Helena masih kecil, jadi tidak banyak sangatlah pilihan yang ada.

“Untuk family semua dah settle, saya memang dahulukan mereka dan akan pulang berhari raya di Seri Menanti, Negeri Sembilan,” ujarnya.

Sementara itu, berkongsi perkembangan kariernya selepas bergerak solo, Hael berkata, perjalanannya kini bertambah baik dan dia juga mempunyai peminat baru.

“Tidak dinafikan selepas awal-awal bergerak solo, memang agak sukar.

“Tapi saya percaya pada rezeki, saya buat kerja saya, saya menyanyi, buat lagu dan kalau ia rezeki saya, ia akan datang sendiri.

Apapun Tahniah Hael Kerana Menjulang Anugerah Juara Lagu yang Ke 32 Malam Tadi..

 

 

 

Dalam pada itu dalam cerita yang sama, PERPECAHAN duo Azhael telah diumumkan secara rasmi pada Februari lalu. Sementara Mohd. Azhar (Azhar) dikatakan bakal memberi fokus terhadap bidang lakonan, Hael Husaini Azmi (Hael) pula meneruskan perjalanannya sebagai penyanyi solo.

Single pertama Hael, Jampi, yang baru dilancarkan bulan lalu menerima maklum balas positif pendengar. Menurut Hael, Jampi merupakan satu perlambangan bagi menggantikan rasa terpegun, terpesona, kaku dan gila bayang.

“Lagu ini sebenarnya tentang seseorang yang memanipulasi keadaan. Contohnya, seseorang yang suka kepada kita tetapi membuatkan keadaan menjadi seolah-olah kita pula yang tergila-gilakan dia,” kongsi Hael kepada Pepatung.

Istimewanya lagu anak muda ini terletak pada susunan muzik yang baik dan mempunyai mesej yang dekat dengan pendengar.

“Lagu ini mungkin berbeza dengan lagu-lagu lain kerana mesej yang ingin disampaikan seperti terpukau ataupun jadi angau. Sebab tu saya bagi tajuk ‘Jampi’.

“Saya terapkan nilai melodi kemelayuan dengan susunan muzik baru. Selain itu, saya banyak belajar dan rujuk cara kerja artis luar negara buat lagu.

Tambah Hael atau nama sebenarnya Hael Husaini Razmi, 29, proses pembikinan single solonya ini disiapkan dalam tempoh dua bulan sahaja.

“Saya boleh katakan lagu ini merupakan antara jiwa saya sendiri berbanding lagu sebelum ini. Jadi ini juga antara sisi lain saya.

“Kebiasaannya saya dapat ilham ketika main gitar bersama rakan saya iaitu Ezra Kong. Saya pentingkan kualiti, sebab tu ambil masa juga nak siapkan lagu ini.

“Insya-Allah saya akan sentiasa buat lagu selagi hidup, sebab saya memang minat menyanyi dan akan ada lagi lagu seterusnya,” ujar Hael.

Walaupun lagu tersebut baru saja dilancarkan, ternyata respons peminat sangat memberangsangkan. Buktinya video muzik di YouTube telah mencecah 400,000 dalam tempoh sebulan.

Azhael haluan masing-masing

Walaupun sudah tidak bersama sebagai kumpulan lelaki duo kerana mahu mengejar cita-cita masing-masing di dalam cabang seni hiburan, Hael dan Azhar tetap bersahabat baik.

“Masing-masing sudah ada komitmen lain. Azhar akan rasa serba salah bila dia bekerja. Begitu juga dengan saya. Oleh itu lebih baik kami ikut jalan sendiri dan pada masa sama kami tetap rakan baik. Lagipun kami memang sudah kenal dan rapat sejak sekolah lagi,” katanya.

Tambah Hael, kelainan muzik dan mesej di sebalik Jampi merupakan kekuatan karyanya bersama Ezra Kong itu. Ia juga menonjolkan sisi muzikal yang lebih menepati jiwa Hael, yang tidak diketahui orang sebelum ini.

“Sebagai penyanyi dan pencipta, semestinya saya mahukan yang terbaik agar lagu ini diterima ramai. Apatah lagi jika kelak ia diiktiraf di majlis anugerah, ia akan menjadi bonus kepada saya,” demikian harapan Hael untuk Jampi.

“Saya tak sangka lagu itu mampu menawan hati pendengar. Ia di luar jangkaan saya.

“Saya cuma mahu memperkenalkan karier saya sebagai penyanyi solo. Namun, saya tetap bersyukur dan berterima kasih kerana ia membuka lebih ruang buat saya berkarya,”

Lirik Lagu Jampi – Hael Husaini :

Bermula Pandang pertama
Terlihat Kamu di depan mata
Terasa Debar di dada
Menahan Rasa bila kau ada

Kau Buat ku terpaku
Sepertinya Diriku yang mahu
Diri kamu

Dan bila kau hadir bagai satu misteri
Ternyata diriku bagai sudah dijampi
Dan Bila kau hambakan hati ku kembali
Ternyata hanya kau harus aku cintai

Ha Ha ha aku ketawa
Terasa Aku tak tentu arah

Kau Buat ku terpaku
Sepertinya Diriku yang mahu
Diri Kamu

Dan Bila kau hadir bagai satu misteri
Ternyata Diriku bagai sudah dijampi
Dan Bila kau hambakan hati ku kembali
Ternyata Hanya kau harus aku cintai

Malam, Berganti malam
Masih Terbayang
Apa Yang berlaku
Pada Diriku
Ternyata Kamu
Ternyata Kau mahu diriku
Selama Kau milik ku

Dan Bila kau hadir bagai satu misteri
Ternyata Diriku bagai sudah dijampi
Dan Bila kau hambakan hati ku kembali
Ternyata Hanya kau harus aku cintai

Dan Bila
Ternyata Kau yang aku cintai

Biodata Hael Husaini :

Hael Husaini

 

Nama lahir Hal Husaini bin Razmi
Kelahiran 10 Disember 1987 (umur 30)
Berasal dari Kunak,Sabah Malaysia
Genre Pop, R&B
Pekerjaan Penyanyi
Tahun aktif 2013–kini

Hal Husaini bin Razmi atau lebih dikenali sebagai Hael Azhael atau Hael Husaini merupakan seorang penyanyi remaja yang menyanyikan lagu-lagu bergenrekan pop bersama Mohd Azhar Osman. Beliau mula menceburi industri seni suara setelah bergelar Naib Juara Akademi Fantasia Musim 10 pada tahun 2013. Lagu debut nyanyiannya berjudul “Hentian Terakhir” yang dicipta sepenuhnya oleh penyanyi dan komposer Damien VE berjaya melonjakkan nama beliau sebagai salah seorang penyanyi muda yang digemari ramai.

Pada tahun 2017, Hael Husaini telah mengeluarkan kenyataan pengunduran diri dari kumpulan duo Azhael di laman instagram beliau pada 2 Februari 2017. Beliau akan tetap meneruskan aktiviti seni namun secara solo

 

 

 

Sumber : Instagram Haelhusaini

MediaHiburan

Posted in