“Siapa Stylish Budak Ni?” – Micheal Ang Kritik Fesyen Pakaian Penyanyi di AJL….

Mirol mempertahankan rekaan busana merah yang dipakai oleh Wany ketika membuat persembahan di malam AJL 32.

KEHANGATAN Anugerah Juara Lagu Ke 32 (AJL32) bukan sahaja tertumpu pada persembahan namun fesyen selebriti turut menjadi perhatian utama.Seperti biasa, media sosial menjadi medan untuk netizen meluahkan pendapat dan kritikan mereka.

Antara yang menjadi mangsa ialah penyanyi Wany Hasrita yang menggayakan busana merah mendapat pelbagai reaksi dan kecaman kerana ada yang mengatakan ia seperti pakaian Star Wars.

Namun menurut pereka fesyen, Mirol atau nama sebenarnya Mohd Amirul Md. Jonit, 27, bukan mudah untuk dia menghasilkan rekaan yang sesuai dan sopan buat penyanyi lagu Menahan Rindu itu.
Malah, dia hanya mereka busana mengikut kesesuaian dan keselesaan si pemakai bukan hanya sekadar tangkap muat atau mengikut kehendaknya sendiri.

Netizen mengecam busana yang digayakan Wany.

“Untuk hasilkan busana itu saya mengambil masa yang lama. Bukan semudah yang disangka. Saya bukan sekadar reka untuk tangkap muat atau ikut suka hati.

“Baju itu direka mengikut kesesuaian lagu dan pemakai itu sendiri iaitu Wany. Apa yang penting busana itu masih sopan, menutup bahagian dada dan pinggulnya.

“Yang pasti, Wany selesa memakai busana itu dan pihak pengurusannya juga sukakan rekaan baju saya,” kata Mirol kepada mStar Online.

Haqiem Rusli Macam Hero Drama India

Selain Wany, fesyen yang digayakan penyanyi Haqiem Rusli ketika membuat persembahan turut mendapat kritikan daripada pengarah drama, Michael Ang.

Menerusi laman Twitter, Michael mempersoalkan pakaian Haqiem yang seakan-akan hero drama India yang sedang membuat penggambaran di Malaysia.

Michael Ang beranggapan pakaian yang digayakan Haqiem itu tidak bersesuaian dengan konsep.

“By the way siapa la stylish budak ni? Nyanyi ada orang sign language kat belakang, penyanyi pakai macam hero cerita India gengster yang shoot kat Malaysia tu. Salah konsep!” tulisnya.

Bagaimanapun, Mirol yang juga mereka busana Haqiem tidak ada masalah untuk menerima segala kritikan kerana menganggap setiap orang mempunyai pendapat sendiri.

“Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing. Saya tak ada masalah dengan sesiapa yang mahu memberi kritikan.

“Sama juga macam Wany, Haqiem pun teruja untuk menggayakan baju itu,” kata pemuda lepasan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang fesyen.

Dalam sumber yang lain, Setiap kali acara anugerah di Malaysia berlangsung, pastinya fesyen selebriti akan menjadi tumpuan utama bukan? Pada waktu ini lah kita dapat lihat siapa yang tampil dengan gaya yang memukau ataupun sebaliknya. Begitulah juga ketika AJL 32 baru-baru ini.

Antara yang mendapat perhatian ramai dari segi fesyen yang digayakan ialah penyanyi Wany Hasrita. Kesian juga Wany kerana busana merah beliau pada malam tersebut menerima pelbagai reaksi dan kecaman di media sosial.

Advertisement

Sedar rekaan tersebut dikritik, pereka fesyen Mirol Jonit tampil memberikan penjelasan. Menurut beliau, apa yang dihasilkan adalah mengikut keselesaan Wany dan bukan mudah untuk beliau menghasilkan rekaan yang sopan sesuai dengan imej penyanyi tersebut.

Untuk hasilkan busana itu saya mengambil masa yang lama. Bukan semudah yang disangka. Saya bukan sekadar reka untuk tangkap muat atau ikut suka hati. Baju itu direka mengikut kesesuaian lagu dan pemakai itu sendiri iaitu Wany.

Apa yang penting busana itu masih sopan, menutup bahagian dada dan pinggulnya. Yang pasti, Wany selesa memakai busana itu dan pihak pengurusannya juga sukakan rekaan baju saya.

Kesian juga kami dengan Wany Hasrita kerana beliau menerima pelbagai kecaman dari segi busana sehinggalah nyanyiannya di AJL 32. Bersabarlah Wany, walaupun dikritik anda masih mengekalkan imej yang sopan, itu yang lebih penting kan?

Sumber Berita : mStar Online

Category : Malay

Sumber : mstar