Subhanallah!! Kisah Bagaimana Arwah Azmil Mustapaha A.K.A Ali Setan Pulih Dari Koma Secara Tiba Tiba.. Ramai Anggap Itu Satu Keajaiban Dari Allah SWT

Innallilah .. Salam Takziah kepada keluarga Azmil Mustapha. Arwah baru sahaja meninggal dunia tempoh hari. Mari kita baca kisah bagaimana keajaiban berlaku ketika Arwah Azmil Mustapha koma akibat sakit.
Bagaimana Arwah Azmil Mustapaha A.K.A Ali Setan Pulih Dari Koma Secara Tiba Tiba.. Ramai Anggap Itu Satu Keajaiban Dari Allah SWT
Koma dan diisytihar kritikal dalam rawatan akibat masalah jantung di Hospital Putrajaya, bulan lalu, bintang filem era 1980-an, Azmil Mustapha, 63, mengakui banyak perkara ajaib berlaku kepada dirinya sepanjang menempuh masalah kesihatan itu.

Azmil yang dimasukkan ke Unit Rawatan Kardiologi hospital itu pada 14 Januari lalu, tidak menyangka dirinya disayangi ramai sebaik khabar berita beliau dalam rawatan kecemasan menjadi viral.
“Saya tidak sangka, rupa-rupanya masih ramai sayang dan mendoakan kesejahteraan saya.
“Saya dapat tahu, Ogy (Fauziah Datuk Ahmad Daud yang berganding dengannya dalam filem Ali Setan), teman-teman dan saudara rapat dihalang berjumpa saya atas faktor kesihatan ketika itu,” katanya ketika ditemui BH di rumah adik bongsunya di sini, semalam.

Azmil yang popular dalam filem box office seperti Ali Setan, Mekanik dan Suara Kekasih, tidak menduga dikunjungi ramai pelawat termasuk 20 ahli qariah dan jemaah masjid dari seluruh negara sepanjang menjalani rawatan.

“Ada di antara mereka mahu melakukan solat hajat untuk saya. Tanpa diduga keesokannya, saya sembuh daripada koma dan boleh bercakap.

“Mungkin apa yang terjadi adalah suatu kebetulan. Bagaimanapun, saya sedar banyak perkara ajaib terjadi sepanjang saya sakit sehingga sekarang. Ia sangat luar biasa. Saya bersyukur atas nikmat hidup yang dipanjangkan ini,” katanya.

Azmil berkata, ketika terlantar di hospital, beliau diberitahu lebih 1,000 orang termasuk rakan artis ingin melawatnya.

“Perhatian mereka menyentuh hati saya. Tanpa diduga, rupa-rupanya ramai yang masih sayang dan mendoakan kesejahteraan saya.

“Disebabkan ramai yang mahu menziarah, pihak hospital terpaksa mengehadkan jumlah pelawat kepada 500 orang,” katanya yang menyifatkan ujian yang ditempuhi mempunyai hikmah tersendiri.

Percaya kepada ketentuan Tuhan, keadaan kesihatan pelakon yang membintangi kira-kira 13 filem sepanjang dua dekad menjadi anak seni ini, makin stabil.
AZMIL sama sekali tidak pernah menyesali kerana meninggalkan dunia seni.

Diuji masalah keracunan makanan. Selepas dibenarkan keluar dari hospital pada 19 Januari lalu, Azmil diuji pula dengan masalah keracunan makanan.

Berikutan itu, bapa tunggal kepada lima anak itu dimasukkan semula ke Hospital Serdang pada 21 Januari lalu sehingga dibenarkan pulang kelmarin.

Mengimbas punca beliau boleh mengalami masalah itu, Azmil yang susut 20 kilogram akibat situasi terbabit memberitahu:

“Jika diikutkan, sudah berbulan-bulan saya tidak ada selera makan. Peliknya, saya tak makan, tetapi tidak lapar.

“Lucunya, tiba tiba saya berselera menikmati makanan mentah sushi. Ibaratnya, pagi, petang dan malam saya hanya menghadap sushi,” katanya.

Azmil berkata, juadah kegemaran seperti masakan Melayu, Itali, Vietnam dan China semuanya ditolak.

“Bayangkan, nasi lemak dan roti canai pun tak berselera tengok. Jika diikutkan, sushi mahal harganya. Mujur keluarga saya dapat mencari sushi yang dijual murah di beberapa tempat,” katanya.

Azmil berkata, beliau diberitahu yang keracunan makanan dialaminya berpunca sushi tidak segar yang dijamah semula selepas disimpan dalam peti sejuk.

Tambah Azmil, akibat masalah kurang antibodi, beliau mengalami cirit birit yang teruk.

“Pernah dalam sehari, lapan kali saya berulang alik masuk tandas kerana perut memulas. Doktor menyuruh saya makan antibiotik untuk meningkatkan ketahanan badan.

“Doktor juga mengesyorkan saya meminum susu untuk menaikkan berat badan yang menyusut,” katanya.
Tak menyesal tinggalkan dunia seni

Mengenai dirinya yang sudah lebih 20 tahun meninggalkan dunia glamor, Azmil mengaku tidak menyesal, jauh sekali merindui bidang lakonan.

Merenung tepat di matanya, pelakon yang mula mencipta nama menerusi filem Mekanik arahan Othman Hafsham itu sudah puas menikmati duniawi.

“Saya tak pernah menyesal meninggalkan dunia hiburan. Ini kerana dalam setiap apa yang saya lakukan, saya mendalaminya dan berdedikasi dengan amanah diberi.

“Begitu juga dalam hal mendalami agama. Sepanjang 20 tahun lalu, saya tak ada kerja tetap tetapi rezeki itu tak pernah putus,” katanya.

Azmil memberitahu, beliau tidak pernah menghakimi sejarah sebagai alasan untuk mendabik dada atau menganggap segala-galanya suatu dosa.

“Apa yang berlalu itu pengalaman yang mendewasakan. Saya pernah melalui fasa hidup mewah hingga wang dalam bank mencecah jutaan ringgit.

“Umpamanya saya mampu membeli kereta mewah secara tunai. Saya boleh membeli barangan atau pakaian berjenama tanpa melihat harga, apa saja saya ambil tanpa berkira.

“Saya pernah hidup ‘hanyut’ tapi bersyukur diberi kesempatan indah untuk berubah menjadi lebih baik. Apa yang terjadi termasuk dugaan sakit meningkatkan lagi ketakwaan dan keyakinan kepada-Nya,” katanya.

Sepanjang tempoh berubah dan mendekatkan diri kepada Allah, Azmil mengembara ke beberapa negara termasuk Syria, bagi mendalami ilmu agama.

“Lima tahun saya tinggal di Syria. Biar tak ada wang, tapi siapa sangka, semuanya dipermudahkan. Ada saja rezeki di situ dan di sini. Malah, saya boleh membawa anak ke sana,” katanya.

Biarpun sudah meninggalkan dunia seni, Azmil tidak menyekat anaknya jika mahu mengikuti jejak dirinya menceburi bidang seni.

“Anak bongsu, Nur Alia Iman antara anak yang ketara meminati dunia seni. Kalau dia rasa nak teruskan, saya akan beri sokongan,” katanya mengenai kecenderungan anak bongsunya yang berusia 15 tahun itu.

Ketika ditemubual, anak lelakinya, Mohd Bazli Zhafri, 22, yang sedang pulih daripada kecederaan akibat kemalangan jalan raya, turut berminat menjadi pelakon selepas diusik.

Dalam perkembangan lain, Azmil memberitahu, beliau merancang tampil dengan program bual bicara di RTM dan perniagaan berteraskan Islam, tidak lama lagi.

Azmil pernah dua kali mendirikan rumah tangga. Dalam perkahwinan pertama, Azmil dikurniakan anak perempuan, Shamira. Azmil juga memiliki empat anak iaitu Nurazalea Arifah, Nor Amalia Batrisya, Mohd Bazli dan Nur Alia dalam perkahwinan keduanya.

Ketika dalam rawatan di hospital baru-baru, kedua-dua bekas isterinya turut datang melawat kerana mereka masih mempunyai hubungan baik.

VIDEO ESKLUSIF TENTANG HIJRAH ARWAH AZMIL MUSTAPHA .. SUBHANALLAH !!

SUMBER : BHARIAN