Suffian Suhaimi Putus Tunang Dengan Elfira Loy Tetapi Tunggu Tarikh Yang Sesuai Untuk Umumkan? Status Suffian Suhaimi Amat Mencemaskan Netizen.

Sejak kebelakangan ini, spekulasi hubungan Suffian Suhaimi dan Elfira Loy semakin hangat diperkatakan.

Pasangan yang bertunang pada tahun leoas ini kononnya dikatakan mengalami dugaan dalam perhubungan mereka sehingga terdapat pelbagai andaian yang mengatakan mereka bakal berpisah.
Status Untuk Siapa?

Terbaru, status di Instagram StoriesSuffian menimbulkan pelbagai persoalan dan kecurigaan. Pada siapakah luahan hati tersebut ditujukan yang menceritakan betapa sedih dan susah untuk sesorang itu melepaskan mereka yang tersayang.

Terdahulu Suffian pernah membuat kenyataan bahawa hubungan mereka baik-baik sahaja namun agak ‘complicated’ dan turut akui menerima pelbagai ujian sebagai pasangan yang bertunang.
Sudah Putus?
Bagi mendapat berita lanjut, hasil carian Hangat.com menerusi sebuah laman sembang terdapat dakwaan kononnya pasangan ini sudah berpisah dan mencari tarikh yang sesuai untuk mengumumkan berita tersebut.

Sejauh mana berita ini, kami tidak pasti kerana ianya hanyalah spekulasi dari netizen. Apaupun kami begitu berharap hubungan mereka akan terus kekal sehingga ke jinjang pelamin seperti yang dirancang.

Sebelum ini, majlis pertunangan mereka telah diadakan dengan meriah sekali..

Tahniah kami ucapkan buat pelakon Elfira Loy yang kini menjadi tunang kepada penyanyi Suffian Suhaimi. Kedua – duanya selamat mengikat tali pertunangan pada Jumaat yang lalu.
Suffian & Elfira Nikah Pada Mac 2018

Pertemuan daripada menjadi sahabat dan kemudiannya menjalinkan hubungan yang lebih rapat, Suffian dan Elfira dikatakan bakal bernikah pada Mac tahun hadapan. Majlis pertunangan yang dihadiri lebih dari 100 orang tetamu ini cukup meriah dengan kehadiran keluarga dan rakan – rakan artis.
Sharifah Sakinah rosakkan rakaman pertunangan Elfira
Antara artis yang kelihatan pada majlis pertunangan Elfira dan Suffian adalah Bella Daily,Sherry Al-HadadDafi dan Sharifah Sakinah.

BACA  Sarat Mengandung Tak Halang Sharifah Sakinah Terus Bersenam

Di sebalik kemeriahan majlis pertunangan kedua – dua selebriti ini, terdapat cerita lain pada hari tersebut apabila Sharifah Sakinah dikatakan telah ‘merosakkan’ rakaman sebuah portal hiburan yang sedang membuat liputan.

“Dah lah tak pakai baju kurung.Suka buat hal…”

Akui Sharifah Sakinah. Namun aksi beliau pada rakaman tersebut hanyalah gurauan semata – mata kerana beliau sememangnya dikenali sebagai seorang yang kelakar dan suka menghiburkan orang dengan keletahnya yang spontan.

Sejak minggu lalu,tular di media sosial mengenai drama lakonan beliau, ‘Girlfriend Aku Dari Neraka’ yang sememangnya menghiburkan hati.

Sumber : hangat.com power..