Syabas PDRM ! Selain Sofi Jikan, Akhirnya 2 Orang Lagi Telah Dikenal Pasti!

Safeek Affendy Razali
bhnews@bh.com.my

POLIS sudah mengenal pasti identiti dua lagi individu, yang disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah bersama pelakon Sofi Jikan seperti yang didedahkan pelakon Datuk Farid Kamil, sebelum ini.

Sofi Jikan, atau Mohamad Shoffi Jikan, 48, ditahan di Balai Polis Mutiara Damansara, 11 malam tadi, selepas beliau hadir memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat Farid pada 31 Januari lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Kang Chez Chiang berkata, pada masa ini dua lagi individu yang dinyatakan oleh Farid sudah menyatakan kesediaan untuk tampil membantu siasatan.

“Pelakon Sofi Jikan ditahan semasa dia tampil memberikan keterangan selepas didapati positif dadah dan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, untuk perintah reman.

“Pada masa ini saya tidak dapat mendedahkan identiti dua lagi individu sehingga mereka tampil membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Katanya, siasatan terhadap Sofi Jikan yang disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya, 1952 serta dua lagi individu terbabit dilakukan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Dalam pada itu,

PELAKON filem KL Gangster, Sofi Jikan ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini untuk membantu siasatan selepas didapati positif dadah jenis ganja.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Hairol Azhar Mohd Ishak terhadap pelakon berusia 47 tahun yang terkenal dengan tagline ‘kasi sengat’.

Sofi Jikan atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Terdahulu, Sofi Jikan yang memakai baju lokap berwarna jingga tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada 9.03 pagi sebelum dibawa masuk ke bilik reman pada 11.25 pagi.

Suspek yang diiiringi anggota polis keluar dari bilik reman 30 minit kemudian.

Pelakon yang terkenal dengan watak antagonis diberkas di Balai Polis Mutiara Damansara jam 11 malam tadi ketika hadir untuk memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat pelakon Datuk Farid Kamil Zahari, 37, pada 31 Januari lalu.

Sofi Jikan Ditahan Polis

Ini satu berita terbaru yang baru dilaporkan oleh portal KOSMO.

Dikatakan pelakon popular Sofi Jikan telah ditahan polis selepas didapati positif bahan terlarang.

Sofi Jikan diberkas di Balai Polis Mutiara Damansara malam tadi ketika hadir untuk memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat pelakon Datuk Farid Kamil Zahari pada 31 Januari lalu.

Dalam laporan polis Farid Kamil, suami Diana Danielle ini didakwa mendedahkan tiga rakan artisnya merupakan dalang di sebalik meletakkan bahan terlarang di dalam minumannya sehingga dia membuat kecoh dan mengamuk di balai polis.

Sofi Jikan yang merupakan pelakon filem KL Gangster dan sinonim dengan ayat “Aku Sengat!” akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

Farid Sedang Sakit – Sofi Jikan

Sebelum ini, Sofi Jikan mendakwa dirinya tahu tentang kemurungan dan masalah yang dihadapi oleh Datuk Farid Kamil sehingga lelaki itu bertindak ganas dalam kejadian di Balai Polis Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada 11 Januari lalu.

Sofi Jikan tidak mahu mengulas lanjut tentang laporan polis yang dibuat Farid Kamil pada 31 Januari lalu apabila mendedahkan tiga rakan artisnya merupakan dalang di sebalik kejadian tersebut apabila meletakkan dadah dalam minumannya.

Sebagai rakan rapat yang sentiasa bersama, Sofi menyifatkan Farid ‘sedang sakit’ ketika membuat laporan polis pada 31 Januari lalu berhubung rentetan kejadian itu.

Sofi Jikan memberi respon tentang laporan Farid Kamil yang dedahkan ada dalang meletakkan ‘sesuatu’ dalam minumannya.

Ini komen Sofi tentang hal itu:

“Saya tahu dia sedang sakit dan apa yang sedang dialaminya. Saya kasihan padanya.

“Tiada komen. Lagipun perkara ini isu sensitif dan di bawah undang-undang. Kalau saya cakap lebih-lebih, nanti orang akan tuduh juga,”

Kita tunggu pula perkembangan kes yang melibatkan Sofi Jikan ini.

Sumber: KOSMO!

Sumber: K! ONLINE