[VIDEO] Anak Zarina Zainuddin , Azal Teringin Untuk Ke Majlis Perkahwinan Fazura Dan Fatah Amin.. Apa Yang PA Fazura Balas Permintaan Ini Membuatkan Ramai Tergamam!

Mengharukan! Itulah yang kami boleh singkapkan mengenai sebuah video yang dirakamkan oleh pelakon Zarina Zainuddin, apabila salah seorang anak kembarnya yang dikenali sebagai Azal begitu teringin untuk ke majlis resepsi perkahwinan Fattah Amin dan Fazura minggu ini.
Minat Dengan Fazura
Seperti yang sedia maklum, kedua – dua anak kembar Zarina itu menghidapi Autism dan pengorbanan pelakon itu membesarkan anak-anaknya pernah menjadi perhatian netizen suatu ketika dahulu.

Hangat.com difahamkan Azal begitu meminati Fazura sejak dahulu lagi dan turut meluahkan perasan untuk melihat persandingan pelakon popular itu.

BACA  Hebat! Syeriv Samheizy Bakal Keluarkan Jenama Baju Melayu Sendiri

PA Fazura Dipuji

Melihatkan video itu yang begitu mengharukan, PA Fazura yang dikenali sebagai Dasha berasa terpanggil lalu menjemput Azal dan keluarganya untuk turut bersama di majlis perkahwinan pasangan popular itu.

Melihatkan sikap Dasha yang begitu rendah diri serta turut memberi maklum balas yang pantas membuatkan ramai pengguna di Instagram memuji Dasha sehingga ada yang menganggap beliau adalah PA yang terbaik di kalangan artis.

Malah, Zarina turut mengucapkan terima kasih pada Dasha kerana sudi menjemput mereka ke majlis Fattah dan Fazura. Sudah pasti tiada apa yang menggembirakan hati si ibu untuk melihat anaknya gembira. Salute!

Pasangan Fattah dan Fazura pilih 25 Februari untuk majlis resepsi

Pasangan Fattah dan Fazura pilih 25 Februari untuk majlis resepsi
Sebelum ini, pasangan dengan gelaran #Fattzura yang dicipta peminat mereka diijabkabulkan seminggu selepas pengumuman pertunangan mereka dalam satu sidang media khas. Foto: Instagram/@missfazura

KUALA LUMPUR : Pasangan sama cantik sama padan yang masih hangat diperkatakan, Fattah Amin dan Nur Fazura memilih 25 Februari ini sebagai tarikh majlis persandingan mereka, lapor beberapa media tempatan

Sisi romantis pasangan ini sejak disatukan dalam satu majlis tertutup pada 27 November lalu menunjukkan kebahagiaan yang dikecapi pasangan pengantin baharu ini walau hampir selepas tiga bulan bernikah.

Pihak Fattah Amin dan Fazura juga dilaporkan sudah mula mengedarkan kad jemputan kepada pihak media dan akan meraikan hari bahagia itu di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Sebelum ini, pasangan dengan gelaran #Fattzura yang dicipta peminat mereka diijabkabulkan seminggu selepaspengumuman pertunangan mereka dalam satu sidang media khas.

Fattah terdahulu mendedahkan Fazura sebagai pilihan hatinya dek kerana beliau nampak masa depannya bersama wanita cantik itu.

BACA: ‘Kami tidak bernikah di Mekah, bertunang 13 Nov lalu’ – Fattah

Pasangan itu yang mula rapat selepas terbabit dalam drama Hero Seorang Cinderella menjadi bualan utama peminat mereka dan kejutan 500 kuntum mawar dari Fattah menguatkan lagi desas-desus tentang hubungan cinta mereka.