[Video] Biadap… Remaja Tumbuk Polis Trafik Sudah Dikenal Pasti. Hukuman Pada Remaja Tersebut Membuatkan Dia Menggigil Takut.. Baru Kau Tahu..

KOTA BELUD – Gagal mengawal kemarahan, seorang remaja bertindak biadap menumbuk seorang anggota polis trafik yang sedang menjalankan tugas di sebuah lokasi kemalangan di tepi jalan berhampiran bulatan Kampung Lebak Moyoh, di sini, Jumaat lalu.
Berikutan itu, suspek merupakan remaja lelaki berusia 19 tahun telah ditahan serta merta oleh sepasukan unit anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud yang bergegas ke lokasi kejadian kira-kira jam 3.15 petang.

Lapor Astro Awani, anggota polis berpangkat koperal dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud itu pada mulanya tiba di lokasi kejadian untuk mengambil gambar kemalangan melibatkan sebuah Perodua Myvi dan sebuah motosikal jenis Honda Wave.

Selesai mengambil gambar, dia bagaimanapun didatangi suspek bersama seorang lagi lelaki dipercayai merupakan ahli keluarga mangsa kemalangan itu dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Saga.

Pada masa yang sama berlaku pegelutan di antara pihak yang terlibat sehingga memaksa anggota terbabit campur tangan bagi meredakan situasi yang dilihat semaking tegang.

Malangnya, niat baik anggota trafik itu telah disalah ertikan oleh suspek yang secara tiba-tiba bertindak menumbuk kepalanya dari arah belakang.

Kejadian mengejutkan itu juga sempat dirakam orang awam sebelum video dimuat naik dan menjadi tular di media sosial sejak petang semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Mohd Zaidi Abdullah telah mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Jika disabit bersalah, suspek boleh  dikenakan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. –

Kebiadapan Remaja Sudah Banyak Kali Berlaku Seperti Di Bawah
 

 

Remaja pukul ibunya hanya kerana tidak diberi RM2 – Polis

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun memukul ibunya bertubi-tubi dalam video viral semalam dikatakan berbuat demikian kerana RM2, lapor The Star.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, remaja itu terdahulu meminta wang sebanyak RM2 daripada ibunya, tetapi wanita itu enggan memberi jumlah wang yang dipinta menyebabkan remaja itu berang.

Remaja itu kemudian cuba mengambil wang sebanyak RM17 dari ibunya sebelum keadaan menjadi semakin buruk di mana remaja itu dirakam tergamak memukul ibunya bertubi-tubi dalam rakaman video berdurasi 40 saat yang viral di media sosial semalam.

 

 

Difahamkan, video itu dirakam melalui telefon bimbit salah seorang ahli keluarga yang menyaksikan kejadian itu.

Susulan video itu viral di media sosial, bapa remaja berkenaan telah tampil membuat laporan polis kerana bimbang dengan keselamatan anak lelakinya itu.

“Kami telah mengambil keterangan dari mereka yang terlibat dan ibu bapa remaja terbabit tidak mahu mengambil tindakan mendakwa anak mereka sendiri.

“Ujian air kencing yang dijalankan pada remaja itu juga menunjukkan keputusan negatif untuk dadah,” katanya.

Beliau menambah, keluarga berkenaan mendakwa bahawa ini adalah kali pertama insiden itu berlaku, tetapi polis masih menyiasat kes itu di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana secara sukarela menyebabkan kecederaan.

 


 

Semalam, video kejadian itu viral di media sosial mengundang pelbagai reaksi netizen yang mengecam tindakan biadab remaja berkenaan yang sanggup memukul ibunya sendiri hanya kerana wang. Video yang dimuat naik oleh seorang individu itu bagaimanapun telah dipadamkan setelah bapa remaja berkenaan membuat laporan polis.

Individu berkenaan juga telah tampil memohon maaf dan menyatakan kekesalannya menviralkan video itu sehingga mendatangkan masalah terhadap keluarga dan remaja berkenaan. Katanya, dia tidak berniat mahu mengaibkan sesiapa dan katanya juga dia memperolehi video itu daripada adik mangsa yang menghubunginya untuk diviralkan di media sosial.

MYNEWSHUB.CC