[VIDEO] Pembantu Menjerit Minta Tolong, Tapi Majikan Hanya Melihat Sambil Ketawa Bukan Nak Membantu Tapi Merakamnya Jatuh.


Pembantu tersebut terselamat dari maut kerana mendarat di atas bumbung yang diperbuat dari logam.

Planet Merdeka – Seorang wanita ditangkap oleh polis Kuwait kerana merakam pembantunya yang jatuh dari lantai atas. Penangkapan dilakukan kerana wanita yang sama dituduh kerana melihat sahaja keadaan pembantu yang sempat menjerit meminta tolong kepada majikannya. Wanita yang ditangkap dipercayai seorang warga negara Kuwait. Sementara pembantunya yang jatuh dari lantai atas berasal dari Ethiopia.

Video hasil rakaman wanita tersebut berdurasi 12 saat dan kini viral di Twitter. Dalam video yang bersangkutan, pembantu rumah menjerit meminta tolong sambil berpegangan pada bingkai jendela. Namun bukannya menolong, malah majikan hanya memerhati sambil merakam pembantu dia yang hanya bergayut sebelah tangan pada jendela.

Di akhir video, pembantu terlepas dari pegangannya dan jatuh ke bawah sambil menjerit dengan kuat. Namun umur dia masih panjang dan terselamat dari maut kerana mendarat diatas bumbung yang terbuat dari logam. Pembantu tersebut kemudian terus dihantar ke hospital.

Pemeriksaan yang dilakukan pada dirinya oleh doktor mendapati pembantu rumah berkenaan menderita patah tulang lengan dan pendarahan di telinga serta hidungnya.

Pembantu tersebut berniat untuk membunuh diri sebelum berubah fikiran dan sempat mencapai jendela sebelum jatuh ke bawah. Pembantu ini cuba membunuh diri akibat daripada tindakan majikan yang mendera dari segi mental dan fizikal.

Namun ia mendadak berubah pikiran dan meminta pertolongan sebelum benar-benar terjun ke bawah. Lembaga Hak Asasi Kuwait meminta kepada pihak polis Kuwait untuk menyiasat kes ini dan membuat pertuduhan di mahkamah.

Kuwait merupakan negara kaya minyak yang kerap dimasuki oleh para pekerja asing. Setidaknya ada sekitar 600 ribu pembantu rumah warga asing yang bekerja di negara teluk tersebut. Kebanyakan dari mereka yang mengalami penderaan dari segi mental dan fizikal sert pembayaran gaji yang bermasalah dari majikannya.

VIDEO

Adakah mereka tidak tahu bahaya adegan ini? Sebelum ni sudah ada berita yang menyebabkan kemalangan jiwa berkaitan aktiviti ini seperti dibawah.

Seorang jurugambar ‘rooftopper’ terkenal dari China telah jatuh mati dari tingkat 62 bangunan pencakar langit selepas satu lagak ngeri yang dilakukannya gagal. Insiden tersebut dirakamkan melalui kamera telefon.

Lelaki berusia 26 tahun, Wu Yongning, telah bersetuju untuk melakukan lagak ngeri tersebut pada 8 November yang lalu di bangunan Huayuan Hua Center, di bandar Changsha, untuk satu tajaan jenama dengan nilai ¥100,000 (RM61,488).

Media tempatan China mengatakan bahawa Yongning sanggup melakukan lagak ngeri ini untuk membantu keluarganya keluar daripada belenggu kemiskinan, membayar kos rawatan ibunya, dan juga sebagai dana untuk perkahwinan beliau.

Advertisement

Yongning dirakamkan berpaut pada penjuru di bumbung bangunan tersebut dan melakukan latihan pull-up. Namun begitu, apabila beliau cuba untuk kembali naik ke bangunan tersebut, seolah-olah tiada tenaga dan akhirnya terlepas dan terjunam jatuh dari bangunan tersebut.

Satu kamera yang ditetapkan telah merakam kejadian tersebut dan ternyata dapat dilihat Yongning terjatuh dari bangunan tersebut.

Yonging merupakan salah satu jurugambar‘rooftopper’ yang terkenal di China, dengan lebih daripada 1 juta pengikut di servis media sosial di China. Dia selalu berkongsi gambarvertigo dengan menggunakan selfie stickdengan gambaran di bangunan-bangunan tinggi dan berpaut secara bahaya.

Yongning, yang merupakan bekas pelakon lagak ngeri, dilaporkan telah berkongsi lebih daripada 300 gambar dan video lagak ngeri beliau, di mana ianya mendapat pujian dan juga kritikan dari orang ramai.

Kalau tengok gambar dan video aksi-aksi‘rooftopper’ ni, memang meremang bulu roma. Macam mana boleh terfikir nak buat benda-benda macam ni. Seram gila tengok!

 

SUMBER : http://dakviral.com/