[VIDEO] Tragedi Mesin Rumput: ‘Nur Afini, semoga rohmu damai di sana’.. Al Fatihah…

IBU Nur Afini, Zalina Mohd Yusof menyiram air ke pusara anaknya yang meninggal dunia akibat terkena bilah pisau mesin rumput di Tanah Perkuburan Islan FELDA Sungai Kelamah, Gemas, malam tadi. Roslan Samad menyiram air ke pusara anaknya (gambar kecil). FOTO Adzlan Sidek

Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
mohdhelmi@hmetro.com.my

JENAZAH Nur Afini Roslan, 14, yang maut akibat terkena bilah pisau mesin pemotong rumput di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abdul Rahman, pagi tadi, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung FELDA Sungai Kelamah, Gemas, 10 malam tadi.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham dibawa dari Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban pada 5.45 petang selepas proses bedah siasat berakhir.

Jenazah kemudian dibawa pulang ke rumah keluarganya di kampung itu untuk disembahyangkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Majlis pengebumian Nur Afini yang dilakukan dalam keadaan hujan renyai dihadiri kira-kira 100 ahli keluarga, saudara-mara, guru dan rakan sekolahnya.

Suasana pilu menyelubungi perkarangan kawasan perkuburan itu apabila ramai ahli keluarga dilihat menangisi pemergian remaja berkenaan.

Dalam kejadian pada 10.30 pagi, Nur Afini meninggal dunia di tempat kejadian selepas kepalanya terpotong dipercayai selepas terkena bilah pisau mesin berkenaan ketika menjalani latihan perbarisan sempena hari sukan sekolah di padang sekolah itu.

Dua rakannya, Abdullah Hazlan, 14, dan Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13, hanya cedera ringan dalam insiden itu.

Berikutan kejadian, hari sukan sekolah yang dijadualkan esok, dibatalkan.

Dalam Berita Yang Selanjutnya,

Jenazah Nur Afini Roslan, 14, yang maut akibat terkena bilah pisau mesin pemotong rumput di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abdul Rahman, di sini, pagi tadi, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung FELDA Sungai Kelamah, Gemas, jam 10 malam tadi.

Jenazah sebelum itu dibawa dari Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban pada jam 5.45 petang, selepas proses bedah siasat berakhir.

Jenazah kemudiannya dibawa pulang ke rumahnya di kampung itu untuk disembahyangkan sebelum dibawa ke kubur jam 9.20 malam.


Roslan Samad, 55, menyiram air ke pusara anaknya Nur Afini Roslan, 14, yang meninggal dunia akibat terkena bilah pisau sebuah traktor mesin rumput di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman dan selamat dikebumikan di Tanah perkuburan Pusara Damai, Felda Sungai Kelamah. – Foto Adzlan Sidek

Pengebumian Nur Afini yang dilakukan dalam keadaan hujan renyai itu, dihadiri kira-kira 100 ahli keluarga, saudara-mara, guru dan rakan sekolahnya.

Suasana pilu menyelubungi pekarangan kawasan perkuburan itu apabila ramai ahli keluarga dilihat menangisi pemergian remaja itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, arwah Nur Afini, meninggal dunia di tempat kejadian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abdul Rahman selepas bilah mesinyang melayang itu terkena kepalanya.

Ahli keluarga sayu dan pilu di pusara Nur Afini Roslan, 14, yang meninggal dunia akibat terkena bilah pisau sebuah traktor mesin rumput di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman, selamat dikebumikan di Tanah perkuburan Pusara Damai, Felda Sungai Kelamah. – Foto Adzlan Sidek

Arwah dikatakan sedang menjalani latihan perbarisan sempena hari sukan sekolah di padang sekolah itu ketika kejadian.

Insiden itu turut mencederakan dua rakannya, Abdullah Hazlan, 14 dan Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13.

Berikutan kejadian itu, hari sukan sekolah yang dijadualkan esok, dibatalkan.

Ibu, Zalina Mohd Yusof, menyiram air ke pusara anaknya Nur Afini Roslan, 14, yang meninggal dunia akibat terkena bilah pisau sebuah traktor mesin rumput di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman dan selamat dikebumikan di Tanah perkuburan Pusara Damai, Felda Sungai Kelamah. -Foto Adzlan Sidek