Viral! Satu Malaysia kena “GAME !” -Iqram Dinzly Sengaja Buat Semua Ni Sebab…

Viral! Satu Malaysia kena “GAME !” -Iqram Dinzly Sengaja Buat Semua Ni Sebab…

Satu Malaysia kena “GAME !” -Iqram Dinzly Sengaja Buat Semua Ni Sebab…

PELAKON Iqram Dinzly mengakui bahawa perilakunya yang kini tular dan menjadi buah mulut netizen hanyalah sekadar untuk menarik perhatian.

Sikap pelik Iqram Dinzly sejak kebelakangan ini menimbulkan persoalan pada ramai pihak. Berkelakuan lucah, bercakap pelik sewaktu membuat siaran langsung di Instagram Live, dan terbaru, Iqram telah menggelar Nabi Muhammad SAW sebagai ‘Che Mat’ ketika ditemubual di rancangan Melodi secara langsung.

Viral! Satu Malaysia kena “GAME !” -Iqram Dinzly Sengaja Buat Semua Ni Sebab…

Perbuatan Iqram menyebabkan dia dikecam Netizen malah Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary mempersoalkan mengapa dia boleh berkata begitu dalam program yang ditonton oleh masyarakat serta menggelarnya ‘sampah’.

Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin atau kini mahu dipanggil Iq sahaja menjelaskan strateginya ini dianggap berjaya.

“Saya sengaja mahu menarik perhatian netizen yang selama ini terlalu banyak mengkritik semua orang seolah-olah mereka terlalu baik sangat,” katanya.

Dalam masa yang sama, Iq juga menjelaskan bahawa ini adalah sebagai salah satu cara untuk dia mendapatkan perhatian umum.

“Sekarang ini saya sengaja ‘selerakkan’ diri saya selepas itu saya akan ‘cantum-cantumkan’ semula dan jadi diri yang lebih baik.

“Saya undur diri dari bidang seni lakon, namun saya akan beri tumpuan pada bidang perniagaan yang berkaitan dengan seni pula.

“InsyaALLAH, sekarang ni saya sedang berusaha ke arah yang lebih positif di ruangan LV [ Live Video ] – Zone Princhiqy Dinzly Positivity Cheeqy Cheeqy dan akan membawanya ke dunia realiti sambil menikmati alam semuala jadi yang menghijau berseri,” jelasnya.

Ketika dimaklumkan tentang reaksi masyarakat mengenai videonya yang tersebar kini, Iq tidak menafikan bahawa pada mulanya dia tertekan selepas kematian ayahnya.

“Dulu ya tertekan sedikit tetapi sekarang tidak lagi. Saya kena jaga Mama saya. Jangan bimbang saya masih waras,” tegasnya.

Cerita Iq semakin hangat diperkatakan apabila dia memuat naik video-video dengan aksi tarian pelik dan ada yang dianggap lucah.

Viral! Satu Malaysia kena “GAME !” -Iqram Dinzly Sengaja Buat Semua Ni Sebab…

Iqram Dinzly telah menjadi viral–dia menari di depan kamera, bercakap bukan-bukan di depan kamera, dan saya melihat dia sebagai seorang yang tidak sihat.  Dia sebenarnya sedang meminta pertolongan.

Pihak media telah menemubualnya, dan terbaru, dia muncul di Melodi dan memanggil baginda Rasulullah ‘Che Mat’. Kini masyarakat yang kuat agama menyerangnya.

Sekiranya anda menyerang dan menimbulkan provokasi terhadapnya di media sosial, andalah sebahagian dari masalah ini  (kurang kesedaran mengenai penyakit kemurungan).

Sekiranya anda ialah pihak media yang membenarkan dia bercakap pelik-pelik di televisyen, sekiranya anda seorang ustaz dan anda kini menyerangnya, anda juga adalah sebahagian dari masalah ini. Kenapa?

Anda sepatutnya tidak menyerang dan memprovokasi seorang yang seorang yang ‘tidak sihat’. Anda boleh lihat semua ini. Memang jelas dia tidak sihat. Sepatutnya anda tidak mempersendakan dia. Tidak perlu tanya dia apa-apa soalan, dia perlukan pertolongan .

Sekiranya anda kumpulkan semua orang gila di KL, biarkan mereka muncul di televisyen, berikan mereka mikrofon seorang satu, dan mereka bercakap benda-benda yang pelik, adakah anda salahkan mereka kerana cakap benda pelik, atau salahkan stesen TV yang menjemput mereka?

Dia hanya perlukan pertolongan dan rawatan.

Sementara itu, reaksi tindak balas Iqram dan Altimet…

Viral! Satu Malaysia kena “GAME !” -Iqram Dinzly Sengaja Buat Semua Ni Sebab…

Tak Puashati Ditegur ALTIMET Di Malam AJL32, Pelakon Kontroversi IQRAM DINZLY Balas Kenyataan Itu Seperti Men’CABAR’ Balik..??? Rata-Rata Netizen Sependapat Dengan Altimet…

Semalam, penyanyi rap Altimet menerusi akaun Twitternya dalam nada bengang memberikan amaran yang agak keras kepada pelakon kontroversi, Iqram Dinzly.

Altimet memberitahu beliau tidak boleh bayangkan apakah kemudaratan yang akan berlaku sekiranya Iqram tiba-tiba naik ke atas pentas dan “menceroboh” persembahannya ketika di AJL 32.

Tidak mahu terus berdiam diri, Iqram tampil membalas kenyataan Altimet. Sepertinya, beliau seakan tidak gentar dengan amaran yang diberikan.

Walaubagaimanapun, ada sesetengah netizen yang berpendapat teguran Altimet itu adalah wajar. Kita haruslah menghormati orang lain ketika mereka melakukan persembahan. Apa komen anda?

Sumber : Manizs via halsemasa