“Walaupun Sumbing Tetap Comel”- Peminat Gembira Lan Solo Kongsi Wajah Anak

Penyanyi Lan Solo mendapat pujian peminat selepas mendedahkan wajah anak keempatnya, Nur Amna.

Lan berkongsi foto bayi perempuan itu menerusi akaun Instagram (IG)nya semalam.

Selain Lan, isterinya Nur Sheila Hassim juga berkongsi foto Nur Amna menerusi platfom yang sama.

“Assalamualaikum. Saya dah nak discaj hari ini. Daddy ckp nama penuh saya lepas daftar baru daddy share sebab mommy belum decide lagi ejaan nama belakang saya.

“Apa pun, terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan saya dari dalam perut mommy sampailah saya wujud hari ini.

“Walaupun saya keluar dua minggu awal, saya harap semua dpt terus mendoakan kesihatan sy tau. AM I CUTE..???” tulisnya.

Kapsyen itu mendapat respon daripada peminat yang memuji kecomelan anak pasangan itu.

Malah mereka juga mengatakan Nur Amna yang mengalami cleft lip atau sumbing itu merupakan anak pembawa tuah.

Selain itu, ruangan komen IG pasangan itu juga turut dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada peminat dan rakan artis.


Memang Telah Dijangka
 

“Memang Sah Baby Sumbing, Still Comel Dan Paling Utama Sihat” – Isteri Lan Solo

Isteri kepada penyanyi yang juga bekas finalis Gegar Vaganza 4 (GV 4), Lan Solo, Sheila memberitahu doktor mengesahkan bayi dalam kandungannya sumbing.

Bagaimanapun kata Sheila, dia tidak kisah mengenai keadaan fizikal tersebut asalkan anak kesayangannya itu sihat.

Sheila menerusi entri di IGnya berkongsi foto imbasan kandungan yang menunjukkan bahagian sumbing berkenaan.

“Lama KY tak update psl baby kan. Alhamdulillah dah #33weeks. Baby sihat dan aktif  sangat-sangat! Ok, ini latest scan 4D yang baru kami buat.

“Memang SAH & CONFIRM baby kami cleft. Cuma tak pasti cleft lip sahaja atau cleft palate skali dan ukuran cleft tu pun sangat kecik. 0.33cm sahaja still comel!

“Semua tu tak penting, yang menjadi keutamaan kami sekarang adalah kesihatan baby dan mommy.

“Oh ye, she’s a GIRL! So @lansolo_official ada 3 anak dara dan 1 mak dara untuk dijaga hatinya haha ini bermakna kuota 4 dah FULL!” tulisnya.

Dalam pada itu, Sheila juga memberitahu ibu bapa perlu berfikiran positif dan berasa bangga kerana dianugerahkan anak istimewa.

“Dear mom & dad out there.. kita perlu BANGGA bila kita dapat anugerah baby special ni dari Allah. Allah bagi extra income untuk kita tambah pahala sebab?

“Diuji kesabaran kita – pahala. Diperkatakan tentang anak – pahala. Diumpat – pahala. Dikeji – pahala. See.. Allah bagi kelebihan then ENJOY IT mom! Positif. #LanSolo #LAN #AnakAnakLanSolo #AnakDaraKetiga #CleftBaby,” tulis Sheila.

Foto: Instagram @sheilarazlan 

Foto: Instagram @lansolo / @sheilarazlan

Sumber: astrogempak