” Aku pinjam telefon kawan aku nak telefon laki aku. Tekan2 nombor keluar nama ‘My Love’, nombor telefon laki aku. Takkah terkejut bagai jantung nak tercabut. Sial punya betina, kawan baik aku sejak kecik sanggup buat aku macam ni.. “

 

” Aku pinjam telefon kawan aku nak telefon laki aku. Tekan2 nombor keluar nama ‘My Love’, nombor telefon laki aku. Takkah terkejut bagai jantung nak tercabut. Sial punya betina, kawan baik aku sejak kecik sanggup buat aku macam ni.. “

(Gambar Sekadar Hiasan)

Bahagiamu deritaku, mungkin ada orang akan samakan dengan tajuk lagu tapi itulah hakikatnya yang terjadi dalam hidup aku. Selama 7 tahun perkahwinan aku dengan suami aku, zuriat belum dikurniakan lagi. Mungkin itu yang menyebabkan laki aku beralih arah kepada perempuan lain. Aku hidup dengan laki aku dengan bisnes masing2. Hidup dalam kesibukan harian mungkin tu juga penyebab tiada zuriat.

(Gambar Sekadar Hiasan)

2016 berakhirlah hidup ku menjalani tanggungjawab sebagai seorang isteri. Bermulanya cerita apabila kawan dari kecik aku. Sanggup merampas laki aku. Tak ke teruk namanya, pada malam tu aku keluar jalan dengan kawan aku pergi mall. Saat mahu balik, aku nak call laki suruh datang jemput aku dan pada masa itu hp aku kehabisan cas.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Tuhan maha mengetahui kan. Aku pinjam hp kawan aku , tekan2 no keluar nama Mylove no telefon laki aku. Takkah terkejut bagai jantung nak tercabut. Sial punya betina, kawan baik aku sanggup buat aku mcm ni. Tanpa dia rasa bersalah pinjamkan aku hp, atau mungkin dia lupa yang laki aku tu lelaki simpanannya. Aku balikkan hp nya tanpa buat muka yang tak ada benda yang terjadi.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Malam tu juga aku sendiri yang minta hantar dengan betina ni balik rumah aku dan dia setuju nak hantar aku. Dalam sepanjang perjalanan mulut aku beku. Satu ayat pun takda keluar nak bercakap dengan betina ni. Dalam hati, Tunggu kau kat rumah, aku nak jumpa 6 mata. Sampai je depan rumah aku sempat lah jemput dia masuk. Macam yang tiada maruah dia masuk. Laki aku pun buat2 takda apa2 pasal hubungan diorang.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Dengan rasa sebak tetiba mulut aku terasa kencang meluah perasaan yang telah aku pendam dari tadi. Tanpa aku sedari air mata aku mengalir dengan derasnyaa. Padaa mulanya laki aku dan betina tu tak mengaku, bila aku cakap aku ada bukti , baru mereka mengaku. Mengaku kesilapan masing2 tapi hati aku memang tak boleh dah maafkan diorang.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Malam tu juga aku minta cerai dan keluar rumah dengan mengundur diri. Mungkin disebabkan aku tak ada anak sampai sekarang laki aku cari lain dan aku sedar juga penampilan aku terhadap suami aku nampak kolot sikit. Jalan pakai baju kurung , bukan macam betina tu sexy, pandai bergaya. Sekarang hidup aku rasa lebih tenang tanpa ada sapa2. Mungkin hidup mereka bahagia sekarang. Maaf min saya tak pandai nak karang tapi ni dari hati saya hidup saya dimasa lalu. Tq min.

Apa pendapat anda ?

Silakan SHARE. Semoga bermanfaat..

Sumber : KRT / Dikemaskini Oleh Berita Kopak