Aliff Syukri dedah apa jadi pada jualan tudung selepas lantik Madu Izreen, Intan sebagai modelnya!

 

Sebelum kita melihat pendedahan Aliff Syukri tentang apa yang terjadi kepada jualan tudung selepas melantik Madu Izreen, Intan sebagai modelnya, mari kita lihat berita dahulu Aliff Syukri supaya lebih memahaminya.

Tak Sia-Sia Aliff Syukri Ambil Intan Jadi Model Tudung

Aliff mengakui kagum dengan Intan ketika berdepan dengan isu rumah tangga.

ISU rumah tangga membabitkan pemuzik bebas, Ude Wahid dan Intan Liana Saleh yang sedang hangat diperkatakan netizen turut mengundang rasa simpati pengasas kosmetik iaitu Datuk Seri Aliff Syukri.

Aliff, 32, berkata dia prihatin dengan nasib Intan dan memberi peluang pekerjaan dengan melantik wanita itu menjadi model tudung bawah jenamanya selama enam bulan.

“Sejujurnya saya simpati dengan nasib yang menimpa Intan dan melantik dia menjadi model tudung Aliff By Sha selama enam bulan. Sekurang-kurangnya ada sumber pendapatan untuk dia dan anak-anaknya.

“Buat masa ini komitmen yang dia beri sangat bagus, cumanya dia perlu ada keyakinan diri dan kena berani bawa diri ke depan,” katanya kepada mStar Online.

Madu Izreen Azminda, Intan Liana Saleh.

Sementara itu, Aliff berkata dia tidak kisah dengan tanggapan netizen yang mendakwa kononnya dia mengambil kesempatan dengan melantik Intan sebagai model ketika wanita itu sedang berdepan kontroversi rumah tangga.

“Saya mengaku memang ambil kesempatan terhadap Intan kerana isu ini sedang hangat diperkatakan dan ramai orang yang sedang menyokong dan kasihan dengan nasibnya.

“Tapi saya bukan ambil dia jadi model secara percuma ya, saya bayar dia dengan angka yang agak tinggi untuk kontrak selama enam bulan dengan harapan dapat bagi pendapatan kepada dia.

Aliff membayar Liana sebagai model dengan bayaran tinggi.

“Apa yang boleh saya kata, Intan ada aura dan pemilihannya sebagai model turut memberi impak positif kepada jualan kami,” katanya.

Dalam pada itu, Aliff secara peribadi mengagumi ketabahan dan kekuatan wanita itu, namun enggan mengulas lanjut mengenai hal rumah tangga mereka.

“Saya kagum dengan ketabahan Intan. Dia seorang yang sangat menjaga hal rumah tangga sehinggakan rela bermadu. Tentang isu tersebut, saya tak mahu komen lebih-lebih sebab saya pun bukanlah sempurna mana.

Dalam perkembangan lain, Aliff dan Sajat bakal bergandingan dalam lagu baharu berjudul Makhluk Penggoda.

“Saya anggap itu ujian hidup untuk dia dan semoga ada sinar persefahaman yang akan dicapai nanti. Saya harap dia boleh berjuang untuk meneruskan kehidupan,” ujarnya.

Intan bakal diceraikan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid, 30, pada 22 Mac depan.

Mereka berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri, 1.

Manakala Ude dan pelakon Izreen Azminda yang juga merupakan isteri kedua telah berkahwin secara rahsia pada 8 Ogos tahun lalu.

Sekarang mari kita tonton video di bawah untuk mengetahui pendedahan Aliff Syukri tentang apa yang terjadi kepada jualan tudung selepas melantik Madu Izreen, Intan sebagai modelnya.
Sila tonton video:

Aura Intan Liana Jadi Model, Tudung Aliff Syukri Laris

Kontroversi rumah tangga madu Izreen Azminda iaitu Intan Liana Saleh dan Ude Wahid membuka pintu rezeki yang luas buat wanita itu dan anak-anaknya sehingga dilantik sebagai duta serta model terbaru tudung keluaran jutawan terkenal Aliff Syukri.

Menurut Aliff, aura Intan memberikan impak serta sambutan luar biasa dan jualan tudungnya begitu laris.

Alhamdulillah, Intan mempunyai aura tersendiri dan memberikan impak positif terhadap jualan tudung saya. Selepas saya mengambil Intan sebagai model, jualan tudung yang digayakan Intan seperti Shawl Tingkat dan Bawal Bawang meningkat sebanyak 50 peratus. Biarpun masih baru, kami sangat selesa bekerja dengan Intan dan dia memberikan komitmen yang sangat baik.

Tujuan beliau mengambil Intan sebagai model adalah untuk menambah pendapat Intan sebagai seorang ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak. Aliff memberitahu Intan mempunyai bakat tetapi masih terlalu mentah dan naif. Beliau berharap Intan akan lebih yakin dan menyerlah selepas ini.

Sumber Berita : Astro Gempak

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/03/16/aliff-intan/#pFXgId734rUhXfQ5.99